in

“Kakak mesti suka”- Anak Murid Minta Chicken Chop Lebih Dari Cikgu, Rupanya Nak Bagi Kakak & Keluarga Rasa

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut chicken chop memang semua orang dah boleh bayang rasa dia macam mana. Kira ni makanan western yang typical la.

Tapi, tak semua ada rezeki yang sama macam kita. Ada juga sebenarnya orang yang tak pernah rasa makanan yang dianggap typical itu.


Menerusi perkongsian dari seorang guru yang dikenali sebagai Norunajwa bt Safiei di Group Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini? semalam,  buat ramai yang sebak.

Sehingga kini perkongsian tersebut memperoleh lebih 5000 likes dan 125 share.

Capture 3

Cikgu itu ceritakan yang ketika tengah agihkan makanan kantin yang ditempah oleh murid, ada satu chicken chop lebih sebab ada sorang murid itu tak datang ke sekolah. Mula-mula, cikgu itu ingat nak bagi makanan lebih itu dekat murid yang tak bawa bekal, tapi masing-masing kata dah kenyang.

Tiba-tiba, ada sorang murid tanya.

“Boleh tak saya nak bawa balik chicken chop tu?”

Featured Image

Rupa-rupanya, murid itu nak bawa balik rumah sebab nak bagi kakak dan keluarga dia rasa chicken chop. Katanya kakak dia tak pernah rasa chicken chop.

Lepas dengar penjelasan murid tersebut, cikgu itu rasa sebak dan terus bagi izin dekat murid itu untuk bawa balik chicken chop yang lebih itu.

“Nanti mesti kakak saya suka.”

Baiknya adik ni siap nak bagi keluarga dia rasa sekali. 

Download 1

Cikgu itu ada tanya juga yang mak ayah murid itu kerja apa. Kata murid itu, ayah dia dah hilang kerja sebab PKP dan mak dia pula cuma kerja kilang.

Memang murid ni anak dan adik yang sangat baik sebab dia teringatkan keluarga dia. Semoga anak ini diberikan kejayaan untuk terus berbakti kepada keluarga pada masa akan datang nanti. In Shaa Allah.

 

Sumber: Norunajwa bt Safiei

Baca: 8 Korean Fried Chicken Paling Best Anda Perlu Cuba di Lembah Klang!

Capture

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.