in

KAJIAN : Upload Gambar Selfie Yang Diedit Di Social Media Boleh Sebabkan Korang Hadapi Kecelaruan Makan

Feature 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang suka ambil selfie sebab nak jadikan kenangan jika ke sesuatu tempat. Barulah boleh upload di Instagram atau Facebook kan.


Namun, korang perlu berwaspada sikit lah sebab menurut kajian yang diterbitkan International Journal of Eating Disorders, rupanya ada kaitan antara aktiviti memuat naik gambar selfie yang telah diedit dengan faktor risiko eating disorder atau kecelaruan makan, lapor CNN.

Selfie 1

Antara faktor yang berkaitan ialah korang akan risau dengan bentuk badan sendiri, paksa diri untuk bersenam dan taknak makan. Memang lah bagus kalau nak kurus tapi kalau cara tak betul, boleh sebabkan korang mengalami Anorexia Nervosa. 

Menurut Pamela Keel, profesor di Florida State University dan juga penulis bersama kajian tersebut, mereka mendapati bahawa gambar yang telah diedit boleh meningkatkan risiko individu untuk mengalami eating disorder. Takut la pulak nak bergambar. 

Selfie 2

Dalam kajian itu, mereka telah melakukan soal selidik terhadap 2,485 pelajar universiti tentang penggunaan editing apps untuk mengubah penampilan mereka sebelum gambar selfie dimuat naik di Instagram.

Lebih kurang 26.6 peratus responden mengakui yang dorang memang edit gambar di Instagram. Lagi terkejut, responden yang edit gambar juga mengalami anxiety. Kajian lepas juga menunjukkan ada kaitan antara penggunaan social media dan ketidakpuasan terhadap bentuk badan sendiri.

Apa-apa pun, kita boleh je upload gambar asalkan kita happy. Tapi, jangan sesekali compare diri kita dengan orang lain sebab semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Baca: Waspada! Ini 5 Tragedi ‘Selfie’ Tak Bertempat Yang Mengundang Maut

Selfie

Sumber: CNN
Sumber: PsyPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.