Menduduki tangga ke-9 dalam carta universiti terbaik seluruh dunia, Imperial College di London ini menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik yang melanda.
Laporan Berita Harian mengatakan, satu kajian secara besar-besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID-19 tanpa gejala dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.
Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.
Kajian dari ratusan sampel
Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.
Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.
Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.
Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.
Tempoh imuniti masih misteri
Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.
“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”
Baca : Doktor Muda Jadi Sukarelawan Uji Vaksin COVID 19 Maut, Namun Brazil Tetap Terus Mahu Lakukan Ujian