in

Kajian Dapati Makan Satu Sosej Boleh Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah banyak kajian dan pendedahan yang dibuat berkenaan keburukan memakan makanan segera, makanan segera tetap menjadi kegemaran ramai.


Mana tidaknya, makanan segera boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding makanan sihat seperti salad segar. Malah, makanan segera juga mudah untuk didapati dan lokasinya terletak berdekatan dengan kawasan perumahan.

Sosej pendekkan umur sebanyak 36 minit

Bagaimanapun, satu kajian telah dibuat oleh penyelidik di University of Michigan berkenaan kesan memakan sesuatu hidangan ke atas diri seseorang. Hasil kajian mendapati memakan satu sosej boleh mengurangkan jangka hayat seseorang sebanyak 36 minit.

Dalam kajian tersebut, penyelidik telah mengambil 5,853 makanan di Amerika Syarikat sebagai bahan kajian dan melihat kesannya terhadap jangka hayat seseorang.

Hotdog 00 2 1

Pasukan penyelidik kemudiannya menghasilkan indeks yang mengira kadar kesihatan sama ada bermanfaat atau memudaratkan untuk seseorang.

Salah satu makanan yang yang dikaji oleh penyelidik adalah sosej daging yang dihidangkan bersama roti. Hasil kajian mendapati 61 gram daging yang diproses mengakibatkan seseorang kehilangan 27 minit, namun bahan-bahan lain seperti asid lemak trans yang ada di dalam sosej membuatkan nilainya menjadi 36 minit.

Makanan yang boleh panjangkan umur

Kajian ke atas makanan seperti kacang, makanan laut dan buah-buahan pula mendapati ia membawa kebaikan kepada kesihatan seseorang.

Sebagai contoh, buah alpukat boleh memanjangkan jangka hayat seseorang sebanyak 2 minit 8 saat, pisang sebanyak 13 minit dan 30 saat, dan ikan salmon pula sebanyak 13 minit dan 5 saat.

Img 19122019 100400 800 X 420 Piksel E0B1Be9037Ad88Bb6F6Fffb8Cc455Cf4 600Xauto

Bagaimanapun, salah seorang penyelidik kajian ini, Olivier Jolliet berkata, kajian ini bukanlah bertujuan untuk menentukan makanan apa yang perlu dimakan dan meneka jangka hayat seseorang.

Namun ia sebagai panduan yang boleh membantu seseorang untuk lebih mengetahui tentang makanan yang dipilih dan apa kesannya terhadap kesihatan.

 

Sumber: CNN

BACA: Kajian Dapati Mereka Yang Cantik & Kacak Lebih Mudah Ditawarkan Kerja

Capture 7

Sumber: The Meat Guy
Sumber: Pop Mama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.