in

Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Menurun Ke 0.88 Dalam Masa 2 Minggu

Hisham2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada menyatakan bahawa beliau jangka angka jangkitan harian Covid-19 boleh mencecah 8,000 kes sehari menjelang minggu ketiga Mac ini.


Ia berdasarkan pemerhatiannya dalam nilai kebolehjangkitan semasa atau R0 yang pada waktu itu berada di kadar 1.2.

Namun begitu, malam tadi Dr Noor Hisham ada kongsikan penurunan kadar kebolehjangkitan itu dari 1.05 ke 0.88 dalam masa 2 minggu di laman Facebook rasminya.. Dan ini boleh dikatakan satu berita baik.

Ini kerana pada 28 Januari, R0 adalah 1,05, naik ke 1,16 pada 31 Jan sebelum turun menjadi 0,99 pada 5 Februari, dan kemudian menjadi 0,88 pada hari Khamis (11 Feb)

R0 di negeri-negeri, bagaimanapun berbeza, dengan Selangor, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing mempunyai kadar tertinggi pada 1.04, 1.04, dan 1.13.

146628386 4083242905032900 8030012254524158920 O

Tambah Dr Noor Hisham sebelum ini  R0 harus dikurangkan menjadi 0.5 untuk mematahkan rantai jangkitan di negara ini, lapor The Star.

Dia juga mengatakan bahawa PKP 2.0 yang dilaksanakan negara ini pada bulan Januari juga menjadi penyumbang dalam penurunan jumlah kes harian.

Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, February 11, 2021

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba baru-baru ini ada berkata bahawa tiada kluster baharu membabitkan rentas negeri pada 9 Februari lepas.

Sehingga Khamis, negara ini mencatatkan 254.988 kes Covid-19 sejak bermulanya wabak tahun lalu dengan jumlah kematian 936 orang.

 

Baca : Kes Harian Boleh Mencecah 8,000 Menjelang Mac – KKM

Hisham 4

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.