in

Kadar Jangkitan Covid-19 Turun Bawah 1.0 Kali Pertama Sejak April Lalu

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar jangkitan Covid-19 atau R0 di Malaysia telah menurun secara berterusan selama dua minggu dan untuk pertama kali sejak 7 April lalu, ia kini berada di bawah 1.0.

Menurut data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya, kadar jangkitan semalam telah pun menurun ke 0.99 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya.


Sebelum ini, kadar jangkitan telah menjangkau hingga 1.21 pada 23 Mei lalu namun dilihat menurun sejak 30 Mei.

Dilaporkan, sebanyak 13 negeri telah merekodkan nilai R0 lebih tinggi dari kadar purata negara dengan Labuan menjadi negeri dengan kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.36.

Ini diikuti dengan Negeri Sembilan (1.18), Sabah (1.16), Melaka (1.10), Selangor (1.06), Kuala Lumpur (1.05) dan Johor (1.03).

Seterusnya Putrajaya (1.03), Penang (1.02), Pahang (1.02), Perak (1.02), Sarawak (1.02) dan Terengganu (1.00).

Manakala hanya tiga negeri sahaja merekodkan kadar jangkitan bawah 1.0 iaitu Kelantan (0.97), Kedah (0.96) dan Perlis (0.95).

Setakat ini, kadar R0 terendah yang pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dibuat pada Januari lalu adalah 0.81 pada 3 Mac.

Walaupun kadar jangkitan telah menurun, Dr Hisham telah mengeluarkan kenyataan yang Malaysia kini sedang menghadapi peningkatan mendadak kes harian dan kematian sporadik iaitu kes yang tak terkait dengan kluster atau kes sedia ada, lapor FMT.

Kementerian kesihatan ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini yang mana penularan Covid-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat kerja, dan sebagainya.

“Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.”

Dr Hisham juga merayu kepada rakyat untuk mengikut SOP yang ditetapkan serta mengikut saranan kerajaan untuk duduk di rumah dan hanya keuar jika perlu.

 

Baca: “Pastikan dorang tak jumpa kawan atau jiran” – Dr Hisham Minta ‘Parents’ Beri Perhatian Lebih Pada Anak-anak

Screenshot 2021 06 07 At 12.17.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.