in

Kadar Gaji Minimum Sedang Dikaji Agar Relevan Dengan Sosioekonomi Semasa – PM

cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia berkata dalam satu kenyataan, kadar gaji minimum pekerja sedang dikaji semula untuk memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosioekonomi semasa.

Sambung beliau, kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu gaji minimum dan giat dalam membela hak pekerja dengan lebih baik.


Beliau menjelaskan, antara usaha kerajaan untuk membantu golongan ini adalah dengan menggariskan tiga strategi utama sejak tahun lepas lagi.

1061751 1
 

Strategi tersebut adalah mengekalkan pekerjaan, melindungi hak pekerja, manakala yang ketiga adalah mencipta peluang pekerjaan.

Kerajaan juga dalam proses untuk menambah baik dan meminda undang-undang perburuhan, terutamanya Akta Kerja 1955 dengan meluaskan skop pemakaiannya.

Antaranya adalah memanjangkan cuti bersalin kepada 90 hari dan pemberian cuti bersalin selama tiga hari kepada suami. Waktu bekerja mingguan juga akan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam.

Untuk mengurangkan jumlah pengangguran, beliau berkata kerajaan telah melakukan beberapa inisiatif seperti perkhidmatan pekerjaan melalui portal seperti MYFutureJobs, UpskillMalaysia dan MySTEP.

Bagaimana Search Kerja Kosong Melalui MyFutureJobs. Lihat Caranya Disini

Bagi mengurangkan kadar kadar kebergantungan terhadap pekerja asing, kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pinjaman Boleh Ubah Program Pinjaman Latihan Kemahiran untuk peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.

“Peranan yang saudara dan saudari mainkan sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara selama ini adalah sangat penting dan dihargai kerajaan.

“Marilah kita teruskan usaha kita bersama untuk masa depan Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera”

 

Sumber: MalaysiaKini

BACA: Bazar & Sekolah Ditutup, Tak Boleh ‘Dine-In’ Semasa PKP 3.0 – Sumber

cover 2

Sumber: The Star
Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.