in

K-Clique Tercalon Dalam MTV Europe Music Awards 2020

Kclique

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini semakin menempa nama dalam industri hiburan kerana lagu-lagunya yang menjadi siulan anak-anak muda, kumpulan hip hop popular, K-Clique nampaknya telah maju selangkah lagi apabila  mereka ini dicalonkan dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsung pada 8 November ini.


Tidak menyangka dengan berita itu, Somean salah seorang anggota kumpulan K-Clique berkata pengiktirafan itu sangat besar kerana mereka adalah pendatang baharu dalam industri muzik tempatan. Lapor Harian Metro.

 

Semestinya sangat bersyukur memandangkan kami bukan siapa-siapa. Kini kami sudah ke pentas antarabangsa pula. Tidak terjangkau akal bahawa suatu hari nanti kami akan dicalonkan untuk MTV EMA.”

Tegasnya lagi, fokus mereka hanyalah untuk menghasilkan muzik terbaik dan berkualitii. Mereka lakukannya dengan seikhlas hati dan menyerahkan kepada pendengar samada suka atau tidak.

Antara artis-artis besar yang turut tercalon dalam kategori yang sama adalah Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam), K-Clique.

Tambahnya lagi, tidak dinafikan mereka ada menaruh harapan untuk menang memandangkan  ianya adalah anugerah berprestij tetapi apabila mereka tercalon ini sudah memadai.

“Dapat dicalonkan pun sangat membanggakan buat kami dan ia terlalu besar. Semoga peminat akan menyokong serta mengundi kami dalam misi menggenggam trofi berprestij itu,” katanya.

K-Clique turut dianggotai Somean, Tuju, Noki, MK, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas. Sebelum ini Joe Flizzow  mencipta sejarah menjadi penyanyi sulung dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung di Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

 

Baca : “Boleh join K-Clique” – Netizen Terpegun Dengar Lelaki Ini Rap Padu

Rap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.