Kempen literasi digital TikTok, #ThinkTwice yang dilancarkan pada September lalu, telah memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia untuk merenung teliti apa yang mereka kongsikan, ulas, dan siarkan dalam talian.
Dengan kerjasama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF),
All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
(MIASA Malaysia) serta pencipta kandungan tempatan, kempen ini bertujuan mendidik
masyarakat tentang Garis Panduan Komuniti dan ciri keselamatan TikTok yang
komprehensif, serta memupuk komuniti dalam talian yang lebih sopan dan positif.
Mesej #ThinkTwice mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Kandungan
beransurkan pendidikan daripada @tiktok_malaysia, termasuk definisi ucapan kebencian,
cara melaporkan kandungan yang melanggar peraturan, cara mengaktifkan ciri Comment
Care telah meraih 26.2 juta tontonan.
Kadungan daripada pencipta tempatan seperti @yimotapir, @wfsufina, @ggatorart, @wananimation, dan @lawyergandhi, termasuk lagu rap asli oleh @mozi4real, serta organisasi masyarakat sivil seperti @mycontentforum, @awammalaysia, dan @miasa.malaysia, turut mempromosikan mesej positif dan mengumpul lebih 1.6 juta tontonan secara kolektif.
Selain itu, lebih 417,000 penonton telah menyaksikan tiga sesi webinar siaran langsung
#ThinkTwice yang menampilkan pakar kesihatan mental dari MIASA, barisan pakar dari
CMCF dan AWAM, serta pencipta kandungan seperti @fizasinhaa, @papimrazzamar, dan
@uncletokok.
Di samping itu, pusat sumber #ThinkTwice juga merekodkan sekitar 300,000 kunjungan, dan lebih 500 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah melafazkan ikrar untuk #ThinkTwice, serta membantu membina komuniti dalam talian yang lebih selamat dengan kerjasama CMCF.
Pengurus Jangkauan Komuniti dan Perkongsian TikTok bagi pasaran Indonesia, Malaysia, dan Filipina, Waskito Jati berkata: “Menjaga keselamatan ruang dalam talian adalah usaha bersama, dan TikTok komited untuk bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil, rakan industri, pendidik, dan pencipta kandungan bagi memperkasakan pengguna untuk #ThinkTwice, bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, serta menyumbang kepada
komuniti dalam talian yang sihat dan positif.”
Untuk maklumat lanjut tentang kempen #ThinkTwice TikTok, sila layari pautan ini.