Pelanggaran data atau data breach merupakan pelanggaran keselamatan, di mana data sensitif yang sepatutnya dilindungi, tersebar atau digunakan oleh individu tanpa kebenaran untuk berbuat demikian.
Istilah lain ialah pendedahan maklumat yang tidak disengajakan, kebocoran data atau kebocoran maklumat.
Kebelakangan ini terdapat banyak desas-desus yang mengatakan jutaan data peribadi rakyat Malaysia dijual dan disebarkan secara atas talian, yang terbaru dikatakan jutaan data peribadi pekerja di Malaysia telah tersebar.
Menurut sumber, satu laman web kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa telah ‘berkongsi’ maklumat sulit secara terbuka.
Dikatakan terdapat sejumlah fail Excel boleh diakses dan fail tersebut mengandungi nama syarikat, nama kakitangan, nombor Kad Pengenalan, nombor telefon, serta jawatan.
Maklumat peribadi ini merupakan data yang perlu dimuat naik oleh majikan untuk mendaftarkan kakitangan mereka di bawah program PIKAS, iaitu satu program pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan pekerja.
Walaupun tiada informasi mengenai berapa banyak data peribadi yang telah bocor, namun menurut MITI, PIKAS telah disertai lebih 17 ribu syarikat dan lebih 1.3 juta pekerja.
Setakat ini, pautan yang mengandungi data tersebut sudah tidak boleh dilayari dan telah diputuskan sambungannya dengan laman web kementerian tersebut.
Macam dah banyak kali je perkara macam ni terjadi…
Baca: Data JPN ‘Bocor’ Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Boleh Dibeli Dengan Harga RM 44K?