in

Juruterbang Maut, Pembantu Cedera Dalam Insiden Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh

Untitled Design 2022 08 02T102809.858

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar di media sosial semalam, apabila tular video pesawat ringan terhempas di kawasan Medan Gopeng, Ipoh, Perak.


Dalam laporan Free Malaysia Today, difahamkan juruterbang pesawat ringan tersebut maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam insiden tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Chester Voo, berkata kemalangan itu melibatkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Leftenan (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal berusia 52 tahun manakala seorang lagi, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin yang berusia 62 dalam keadaan parah dan dikejarkan ke hospital.

“Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:07 malam. Jenis pesawat yang terlibat adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd,” katanya.

“Tidak pernah nyata hasrat bersara dalam dunia penerbangan”

Menurut laporan Harian Metro, isteri dan anak Allahyarham Fajim Mustaffa tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), yang dibawa dari Semenyih, Selangor oleh anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 1.25 pagi tadi.

Ahli keluarga terdekat menyatakan Allahyarham merupakan seorang yang ceria tetapi sangat tegas dan dia juga memberitahu bahawa sepanjang pengetahuannya Allahyarham tidak pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia penerbangan disebabkan minat mendalam sejak muda.

“Emak arwah yang juga kakak sulung saya, tidak begitu menggalakkan minat arwah disebabkan risau memandangkan ayah kandung arwah juga terkorban dalam nahas membabitkan pesawat iaitu tragedi helikopter Nuri di Muara Sungai Lundu, Sarawak pada tahun 1989.

Arwah Fajim juga pernah dilaporkan media sebelum ini hilang selama beberapa hari akibat tersangkut di atas pokok selepas pesawat MiG-29 dipandunya pada November 2004 terhempas” katanya.

Al-Fatihah buat mangsa, semoga keluarga terus tabah menghadapi ujian. 

Baca: Terbabas Akibat Masalah Teknikal, Pesawat Kargo DHL Patah Dua Ketika Mendarat

1Dhl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.