in

Jurutera Di India Gantung Diri Kerana Tertekan Perlu ‘Work From Home’

Sui2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi membendung penularan Covid-19,banyak negara mengamalkan rutin baru iaitu work from home atau bekerja dari rumah. Namun, bukan semua orang gembira dengan perkara ini.


Baru-baru ini seorang lelaki di India telah bertindak membunuh dirinya kerana tertekan perlu bekerja di rumah.

Laporan Harian Metro mengatakan, Jigar Gandhi, seorang jurutera berusia 32 tahun telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Dia yang dikatakan tidak dapat menghadapi tekanan dengan rutin baharu ini, telah menggantung diri di rumahnya di Surat, Gujarat.

Kereta1 2

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati, ahli keluarganya akui Gandhi memang mengalami tekanan kerja sepanjang pandemik ini.

 

70% pesakit kemurungan kerana Covid-19

Laporan Institut Kesihatan Mental dan Neurologi Nasional India (NIMHANS) baru-baru ini menyatakan berlaku peningkatan 70 peratus jumlah pesakit yang menderita kemurungan dan gangguan obsesif-kompulsif akibat Covid-19 di negara itu.

India kini berada di kedudukan kedua kes Covid-19 paling tinggi iaitu 7.7 juta di belakang Amerika mencatatkan 8.3 juta kes. Negara itu merekodkan 116,000 kematian dengan kadar kebolehjangkitan 715,755 kes.

 

Baca : KKM : Ujian Kemurungan Buat ‘Frontliner’ Covid-19 Untuk Nilai Tahap Stress

Sui3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.