Sejak akhir-akhir ini, produk kosmetik tempatan telah menjadi pilihan pengguna dek kerana kualitinya boleh dikatakan tidak kurang hebatnya dengan produk kosmetik antarabangsa.
Walau bagaimanapun, muncul berita tak sedap didengar apabila ada di kalangan netizen mendakwa sebuah produk kosmetik tempatan menjual liptint dengan isi kandungan yang sangat sedikit.
“Jual liptint 5ml tapi isi packaging untuk 10ml”
Menerusi perkongsian video beberapa pengguna TikTok, ia mendedahkan bahawa produk kosmetik tersebut telah menjual liptint 5ml namun ia telah diisi di dalam packaging 10ml.
Pengguna TikTok berkenaan menganggap ia sangat tidak logik kerana jika produk tersebut menjual liptint 10ml, sekurang-kurangnya isi kandungan haruslah 90% daripada tiub liptint tersebut dan bukannya 50%.
Namun menerusi satu video yang dikongsikan netizen, ada juga yang mengatakan isi kandungan liptint berkenaan tidak sampai separuh pun.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan kemarahan pengguna yang kemudian membandingkan ia dengan produk kosmetik dari drugstore yang ternyata lebih berbaloi dari segi kualitinya.
Dalam pada itu, pengasas produk kosmetik tersebut dilihat belum mengeluarkan sebarang kenyataan dalam menjelaskan dakwaan netizen itu.
Baca: “Wira? Eww!” – Netizen ‘Menyirap’ Tengok ‘Founde’ Kosmetik Enggan Naik Proton Wira