Baru-baru ini, telah tular sebuah video mengenai sepasang suami isteri yang berkongsi luahan mengenai dugaan mereka sejak berniaga air balang di sebuah bazar di Taman Seri Aman awal Ramadan lalu.
@nurulgulaipanas Allah uji tanda sayang. #bazarramadan #ramadhan #rezeki #fypdongggggggg @paksu_own @paksu_own07
Nurul Fariza Che Nu, 41 berkata, ini merupakan kali pertama dia dan suami berniaga di bazar Ramadan dan difahamkan suaminya telah menjual sebuah motosikal milik mereka untuk dijadikan modal bisnes tanpa meminjam dari sesiapa pun.
“Kami jual motor sebab kekangan kewangan. Modal nak buka gerai saja lebih kurang RM2,000 untuk beli balang dan kelengkapan,” katanya.
Perjalanan bergelar peniaga bukannya sentiasa indah, Nurul berkongsi dugaannya berniaga adalah kos yang tinggi dan pada masa yang sama mereka mahu menjual air tersebut dengan harga yang murah.
“Ada hari kami berniaga hanya dapat jualan kira-kira RM100, itu belum tolak modal ais batu dan barang-barang lain.”
“Kadang-kadang, hujan dan ribut di sebelah petang. Pernah satu hari tu hujan lebat masa gerai baru buka sampai ke malam dan air memang tak laku,” jelas Nurul.
Bukan itu sahaja, Nurul turut memberitahu selepas beberapa hari dia dan suami berniaga di bazar Ramadan tersebut, suaminya, 40 telah jatuh sakit selama seminggu kerana terkena jangkitan kuman.
Oleh itu, Nurul terpaksa mengambil alih tanggungjawab menguruskan gerai air balang mereka bersendirian, namun kini suaminya sudah pun kembali sembuh.
Sebagai seorang isteri, Nurul mengaku sedih apabila mengenangkan suaminya yang sudah pun cuba dan melakukan segala yang termampu untuk bantu menaik taraf ekonomi keluarga mereka.
Akak ni memang kuat orangnyaa.. Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga…
Baca : Hampir 50 Ribu Kilo Makanan Dibazirkan Setiap Hari Oleh Peniaga Bazar Ramadan