in

Josh Fight: ‘Perlawanan’ Aneh Tentukan Siapa Yang Paling Layak Guna Nama ‘Josh’

Josh Fight Perlawanan Aneh Tentukan Siapa Yang Paling Layak Guna Nama Josh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda terjumpa orang yang mempunyai nama sama seperti anda? Kadangkala ejaan lain tapi bunyinya masih sama.


Selalunya mereka yang mempunyai nama yang sama atau bunyinya lebih kurang sama akan mengalami beberapa masalah seperti perlu lebih kreatif untuk mencipta username di media sosial dan cikgu tersalah panggil nama murid.

Baru-baru ini, seorang pelajar kolej dari Tucson, Arizona, mengambil kesempatan terhadap namanya yang juga digunakan oleh ramai yang lain untuk memulakan satu ‘perlawanan’ bagi menentukan siapa yang paling layak untuk menggunakan nama itu.

Mulanya sebagai satu gurauan tapi ramai yang serius mahu ‘join’ Josh Fight

Segalanya bermula kira-kira setahun yang lalu, dek kerana kebosanan akibat penularan wabak COVID-19, Josh Swain, 22, membuat keputusan untuk menghantar mesej mengajak berlawan kepada mana-mana individu di media sosial yang mempunyai nama yang sama dengannya.

Josh E1619320214247

Apa yang sebenarnya bermula sebagai satu gurauan menjadi nyata apabila ramai individu bernama Josh yang mahu turut serta dalam ‘perlawanan’ itu.

“Saya tak sangka ramai pengguna internet benar-benar mengambil serius tentang Josh Fight itu. Ada yang menelefon mana-mana individu bernama Josh yang mereka kenal untuk menyertai ‘perlawanan’,” kata Josh Swain.

Difahamkan, Josh Fight bagi menentukan siapa yang paling layak menggunakan nama Josh telah ditetapkan akan berlaku pada Sabtu, 24 April 2021 di Air Park, Lincoln, Nebraska.

Asal nama ‘Josh’ boleh ‘join’

Pool Noodle E1619323080676
Gambar hiasan

Kata Josh Swain, sesiapa sahaja boleh menyertai Josh Fight asalkan nama pertama mereka adalah Josh atau nama penuh mereka Josh Swain, sama seperti dirinya. Selain itu, peserta juga perlu membawa pool noodle yang akan digunakan dalam Josh Fight serta memakai pelitup muka.

IMPORTANT: I am Josh Swain, and here are the official details of the event. See you soon. from joshswainbattle

Josh Fight ada dua kategori

Josh Battle E1619322648590

Lapor KLKN-TV, Josh Fight yang dianjurkan ini akan terbahagi kepada dua kategori iaitu sesiapa yang mempunyai nama pertama Josh akan berlawan menggunakan pool noodles. Manakala sesiapa yang mempunyai nama penuh sama seperti penganjur, Josh Swain akan bertarung dalan perlawanan rock, paper, scissors.

Josh Battle 2 E1619323753186

Hundreds Show Up In Nebraska For Pool Noodle Fight Over The

Josh Battle 1 E1619322801789

Difahamkan, pemenang bagi Josh Fight kategori berlawan menggunakan pool noddles dimenangi oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Joshua Vinson Jr. Pemenang kemudiannya dipakaikan mahkota dari Burger King.

Berlawan sambil beramal

Disebabkan Josh Fight ini mendapat sambutan menggalakkan, penganjur, Josh Swain telah bekerjasama dengan Lincoln Food Bank untuk mendirikan food drive.

“Saya juga akan membuat tabung sumbangan kepada Children’s Hospital and Medical Center. Walaupun nama sumbangan ini adalah ‘Kutipan Bayaran Supaya Josh Boleh Tukar Namanya’, ia hanyalah sumbangan untuk hospital kanak-kanak,” terangnya.

Sumber: KLKN-TV,  Fox4

Baca: “Sesuai kalau orang berdendam”- Pertandingan Menampar Di Rusia, Ada Bran Nak Join?

Feature 2 5 E1619322400135

Sumber: People.com
Sumber: Press Herald

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.