in

“Jom balik MySpace” – Netizen Terkejut, Elon Musk Beli Twitter Dengan Harga AS$44 Billion

Untitled Design 2022 04 26T124245.909

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilionair ternama Elon Musk melakukan perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion), sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu.

Twitter Inc. hari ini menerima tawaran Elon Musk untuk mengambil alih syarikat itu, perkara itu juga  akan memberi individu terkaya di dunia itu kawalan penuh ke atas rangkaian media sosial tersebut, beliau juga merupakan antara pengguna Twitter yang berpengaruh.


Ketua eksekutif Tesla itu menjanjikan ciri baharu untuk aplikasi tersebut dan ingin memperbanyakan lagi kandungan yang lebih bebas.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.

Pengambilalihan itu, jika ia berjaya, akan menandakan salah satu pengambil alihan terbesar dalam sejarah teknologi dan berkemungkinan akan mempunyai kesan global untuk tahun-tahun akan datang.

Dalam laporan Wall Street Journal, difahamkan transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang saham. Penganalisis menjangkakan bahawa tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

“Dah kena tukar media sosial lain ke?”

Berita menggemparkan itu mengundang respon yang pelbagai daripada netizen, ada yang bersetuju malah ada juga yang risau Twitter tidak akan ‘semeriah’ kini.

Elon Musk

Apa pendapat korang pulak?

Baca: Johnny Depp Kongsi Video Panas, Amber Heard Pernah Curang Dengan Elon Musk, James Franco?

Untitled Design 2022 04 26T123843.964

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.