Di bandar New York, terdapat sebuah rumah yang dinamakan John Lawson House, satu rumah pelik yang berusia lebih 150 tahun di perkampungan lama New Hamburg.
Rumah ini dikenali dengan patung mannequin bersaiz manusia yang akan muncul dengan misteri secara tiba-tiba di beranda rumah. Ada yang mengatakan patung-patung ini dihantui oleh roh insiden tragik yang pernah berlaku berhampiran rumah tersebut pada abad ke-19.
Kira-kira sedekad, beberapa penampakan telah didokumentasikan dengan gambar-gambar mereka memakai rambut palsu dan baju-baju zaman dulu. Mengikut cerita penduduk tempatan, patung ini juga turut mengubah posisi badan, baju dan rambut. Lebih pelik, tak ada orang dilihat mengubah atau menyentuh patung-patung ini.
Jadi misteri John Lawson House ni hanyalah lagenda penduduk tempatan je ke atau memang ada benda paranormal disebaliknya?
Artikel berkaitan: The Conjuring: Kisah Benar The Perron Family & Rumah Berhantu Enfield Ni Rupanya Lagi Seram Dari Movie!
Artikel berkaitan: 7 Rumah Berhantu Di Seluruh Dunia & Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Sejarah John Lawson House
Keluarga Lawson memang dah lama menjadi penduduk di New Hamburg yang pernah menjadi antara perlabuhan paling sibuk di pertengahan abad ke-18. Orang-orang kaya di bandar New York mula berpindah ke sana dan membina rumah percutian mereka di pinggiran Sungai Hudson sekaligus meningkatkan ekonomi perniagaan tempatan.
John Lawson, keturunan salah satu keluarga penjajah kulit putih pertama di rantau tersebut telah membina rumah di jalan utama New Hamburg pada 1845 dan merupakan salah satu rumah tertua yang masih ada di sana sehingga hari ini.
Tak lama selepas rumah tersebut siap, satu stesen kereta api New Hamburg telah dibuka berhampiran rumahnya dan 20 tahun kemudian ia menjadi tapak kemalangan ngeri.
Tragedi bersejarah yang mengelilingi John Lawson House
Kalau korang nak tahu, telah berlaku dua tragedi berasingan berlaku berhampiran rumah ini pada tahun 1870-an.
Ketika musim sejuk pada 6 Februari 1871, sebuah kereta api yang membawa muatan minyak telah bergerak dari kawasan Albany menuju ke kawasan arah selatan New Hamburg di landasan Sungai Hudson.
Sementara itu, satu lagi kereta api yang membawa penumpang telah bergerak dari bandar New York menuju ke arah utara Albany.
Selepas kereta api yang membawa muatan lalu bawah terowong berhampiran New Hamburg, pekerja stesen perasan terdapat kerosakan pada gandar kereta api yang menyebabkan berlakunya percikan api di bawah kereta api tersebut. Tak lama kemudian, gandar tersebut mula tercabut dan menyebabkan kereta api tersebut terbabas dan terbalik di landasan arah utara semasa kereta api yang membawa penumpang menghampiri.
Jurutera kereta api yang membawa muatan tersebut berjaya menghentikan kereta api dan berlari ke arah landasan bersama pekerja lain dan memegang lampu merah bagi memberi amaran kepada kereta api yang sedang menghampiri itu namun terlambat.
Kereta api membawa penumpang nampak jurutera tersebut dan lampu amaran dan cuba untuk ke belakang tapi tak berjaya untuk memperlahankan pengangkutan tersebut dengan cepat menyebabkan ia melanggar kereta api yang membawa minyak sehingga berlaku letupan berapi. Kejadian ini berlaku lebih kurang 200 kaki dari John Lawson House.
Beberapa penumpang berjaya dikeluarkan dari rempuhan tersebut namun 22 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.
Enam tahun kemudian, satu kebakaran besar telah berlaku di perkampungan pinggiran sungai pada 3 Mei 1877 dan memusnahkan sebanyak tujuh struktur yang mengelilingi John Lawson House.
Namun begitu, rumah John Lawson terselamat dari kebakaran tersebut walaupun tempat lain hangus terbakar.
Penampakan keluarga manneqquin
Ketika patung-patung mula muncul di John Lawson House, tak diketahui siapa pemilik ketika itu.
Patutng bersaiz manusia ini dikatakan telah menukar poisis mereka setiap hari dan ada yang mendakwa mereka duduk menghadap tempat kemalangan kereta api yang berlaku pada 1871.
Tak cukup dengan itu, ada juga beberapa dakwaan mengatakan patung tersebut dirasuk oleh roh orang yang mati dari kemalangan kereta api dan kebakaran yang berlaku pada 1877. Lebih menyeramkan, patung-patung ini kelihatan memakai baju-baju lama dan aksesori seperti topi dan sarung tangan panjang berwarna putih.
Patung-patung yang duduk di beranda ini dilihat memegang beberapa barang seperti buku dan sangkar burung kosong. Manakala ketika cuaca buruk pula, patung-patung ini akan hilang sebentar sebelum menjelma semula.
Kemudian, suatu hari pada tahun 2016, patung-patung yang “menghantui” John Lawson House ini tiba-tiba menghilangkan diri.
Sehingga hari ini, tak ada orang yang tahu kenapa patung-patung tersebut duduk di beranda rumah tersebut dan kenapa penampilannya berubah-ubah.
Tachoddd
Sumber: ati