in

“Jodohku teman kecilku” – Putera Mateen Kongsi Gambar Kahwin & Masa Kecil, Comel Je!

Jodoh Putera Mateen Dayang Anisha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan majlis perkahwinan Putera Mateen, korang pasti sedia maklum bahawa semalam telah berlangsungnya Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Rata-rata peminat pasangan diraja tersebut iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam ternyata tidak sabar-sabar melihat mereka bersanding dan mengenakan pakaian sedondon semasa majlis itu berlangsung.


81705204459 Freesize

Artikel berkaitan: “Baru tahu” – Ini Penjelasan Kenapa Putera Mateen Sebut ‘Ringgit’ Ketika Lafaz Akad Nikah

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tular Video Dayang Anisha Khatam Al-Quran, Netizen Puji Suara Lembut Bakal Isteri Putera Mateen

Putera Mateen muat naik gambar bersama isteri 

Usai majlis berkenaan, apa yang lebih menarik perhatian adalah Putera Mateen sendiri telah memuat naik beberapa gambar di akaun Instagram peribadinya.

Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar persandingan dan ketika pasangan itu sedang berarak mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

Lebih mencuit hati, di akhir posting itu, Putera Mateen juga memuat naik gambar ketika pasangan itu masih kecil. Alaaa comel sangat! Inilah yang dikatakan kalau jodoh tak ke mana. 

Snapinsta.app 418811660 2500873210083577 6938158526023461631 N 1080

Selain itu juga, Putera Mateen ada memuat naik klip video ringkas yang menyimpulkan hari persandingannya dan isteri yang berlangsung semalam.

Bersama klip video itu, Putera Mateen menyatakan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang telah meraikan hari perkahwinannya itu.

Terima kasih kerana meraikan bersama kami pada hari istimewa kami. Ia sangat bermakna kepada kami,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

“Kalau dah jodoh tak ke mana” 

Posting tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan berkekalan buat pasangan pengantin diraja ini.

Ramai juga mengatakan jodoh Putera Mateen dan Dayang Anisha ternyata sudah terserlah sejak dari kecil lagi dan mereka sememangnya sepadan bagai pinang di belah dua.

Jodoh Teman Kecil

Selamat pengantin baru buat Putera Mateen dan Dayang Anisha! 

Sumber: Instagram

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.