in

“Jika ini sebahagian cara untuk blockout…” – Naim Daniel Templak Netizen Yang Hina Melampau

Ft Naim Daniel Terkilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Naim Daniel menluahkan rasa terkilan terhadap segelintir netizen yang bersikap terlalu extremist dalam melakukan gerakan boikot #Blockout2024.

Teguran itu dibuat bersama lampiran gambar tangkap layar yang menunjukkan komen-komen melampau terhadapnya sehingga ada yang menghina.


Artikel berkaitan : “Tak semua orang perlu buat podcast” – Naim Daniel Bidas Pempengaruh Anggap SPM Tak Ada Nilai

Artikel berkaitan : Netizen Teruja Tengok Naim Daniel Jumpa Adam Shahz, Dua-dua Pernah Pegang Watak ‘Ayam’

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sumpah itu mempersoalkan jika sama ada cara mereka melakukan boikot itu dihalalkan atau tidak kerana kenyataan mereka itu bukan sahaja menghina tetapi ada yang fitnah, ugut dan caci maki tanpa asal usul.

Difahamkan Naim sebelum ini ada memberikan teguran kepada orang ramai agar tidak melampau dalam memboikot.

“Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia. Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam.”

Tegasnya lagi, dia tidak pernah menafikan kesengsaraan dan kezaliman yang saudara Islam di Gaza. Bahkan dirinya juga tidak pernah menerima sebarang tajaan mewah yang dikaitkan dengan negara zionis itu.

Img 9773 1

“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan, saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.

“Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya. Saya dilahirkan dengan kalimah Lailahaillallah di telinga oleh orang tua saya. Dan semoga saya mati dalam kalimah agung ini kelak hendaknya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Oleh itu, Naim Daniel mempersoalkan tindakan mereka yang caci maki dan menghina itu dengan alasan untuk memboikot.

Sumber : Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.