Korang jangan pelik kalau ada jumpa orang yang rajin tak kira tempat. Walaupun sesuatu tempat tu sepatutnya orang lain yang bertanggungjawab untuk mengemas atau dibersihkan, orang tu akan tetap tolong dan bantu untuk bersihkan.
Admin ada jumpa satu video orang yang jenis macam tu kat Twitter menerusi akaun @NesrinShukorr. Dalam video tersebut, ibunya mengambil keputusan untuk menyapu daun-daun tatkala menunggu bantuan ketika kereta mereka rosak di R&R. Cuba korang tengok video kat bawah ni.
Cerita dia kereta rosak kat hentian highway. Lepas tu nak tunggu towing kereta lama sangat. Mama jenis yang tak boleh nak duduk diam. Dia pi pegang penyakaq sampah dok pi sapu daun sekali dengan aunty ni ? pic.twitter.com/dQZGZ0PYjT
— Reen ? (@NesrinShukorr) September 17, 2020
Jenis biasa buat kerja ni
Kalau generasi sekarang ni mengadap phone untuk kill the time, lain pula untuk generasi yang kurang menghabiskan masa dengan gadjet ni. Ada je kerja lain yang akan dibuat sementara tunggu. Contoh paling mudah, macam wanita dalam video ni lah.
Memang ada orang yang jenis macam tu. Tapi lepas dia dapat buat dan tengok tempat tu kemas tersusun elok, dia akan puas hati. Orang macam ni rare sebenarnya.
Orang yang rajin macam ni memang layak dapat pujian dan doa yang baik-baik untuk dia. Buat memang seikhlas hati tu. Tak minta pujian sebab dah memang terbiasa buat kerja.
Alhamdulillah.. terima kasih juga buat ibu awak yang rajin sangat tu. Harap selamat lah ye dan semua urusan dipermudahkan.
Baca: Terpaksa Berjauhan Beribu KM Dari Isteri, Cara Tukang Sapu Luah Rasa Rindu Buat Netizen Sebak