in

“Jenazah dia terpelihara” – Mayat Bekas Imam Mangsa Bencana Gunung Jerai Ditemui, Dalam Keadaan Baik Hadap Kiblat

Fi Imam Masjid Ditemuii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang seminggu yang lalu, kisah menyayat hati melanda penduduk daerah Yan di Kedah, selepas terjadinya tragedi kepala air sehingga menyebabkan berlaku banjir lumpur yang dahsyat.


Paling menyedihkan, apabila terdapat juga beberapa individu yang menjadi mangsa korban daripada peristiwa hitam tersebut.

 

Jenazah bekas imam ditemui

Salah seorang mangsa tragedi berkenaan ialah bekas imam masjid di Yan sendiri, Ku Shuib Ku Abdullah berusia 91 tahun.

Menurut laporan AWANI, jasad Ku Shuib ditemui kira-kira satu kilometer dari rumahnya yang terletak di Chalet Salak Denai. Selain itu juga, Allahyarham dikatakan ditemui dalam keadaan baik tapi apa yang mengejutkan di mana dia ketika itu dalam posisi mengiring menghadap kiblat.

Imam Masjid Ditemui 1 Imam Masjid Ditemui 2 Imam Masjid Ditemui 3

 

Tertutup dengan kulit kayu balak

Terbaru melalui sebuah video yang jadi bualan ramai di media sosial, pendedahan oleh seorang individu yang terlibat dalam misi pencarian berkenaan mengenai penemuan jenazah tersebut mampu membuka mata ramai.

Melalui posting di akaun TikTok @Eiyraa, lelaki tersebut memberitahu bahawa Allahyarham Ku Shuib atau mesra disapa Tok Put oleh masyarakat setempat mempunyai keperibadian yang sangat baik sepanjang hayatnya.

Dia menyatakan bahawa jasad Tok Put ditemui dalam keadaan yang sangat baik dan cukup sifat walaupun dalam timbunan balak yang besar itu. Lelaki tersebut turut menyifatkan bahawa Allah SWT sangat menjaga jenazah Tok Put, sebab beliau ditemui ‘terjaga rapi’ di sebalik kulit kayu balak ketika proses pencarian dilakukan.

@eiyraa92

Allahhuakbar kulit kayu balak menutupi Arwah mantan imam masjid yan atau nma gelaran pak put?Al fatihah #foryoupage #esekali #titihayun #gunungjerai

♬ bunyi asal – ?Eiyraa?? – ?Eiyraa??

Menerusi posting yang mendapat hampir 100k views itu juga, lelaki tersebut mengingatkan masyarakat setempat untuk tak sebarkan maklumat tidak sahih serta meminta orang ramai tidak menghampiri kawasan pencarian, sebab takut kalau-kalau ia memudahkan lagi penularan wabak Covid-19 ini.

Semoga segala urusan pencarian dipermudahkan. Salam takziah dari kami untuk ahli keluarga mangsa.

Sumber : AWANI, Facebook, TikTok

 

Baca : “Buat pa dok sini” – [VIDEO] Aksi ‘Berani’ Lelaki Rakam Kepala Air ‘Mengganas’ Di Gunung Jerai, Buat Netizen Cuak

Foot Imam Masjid Ditemui

Sumber: RENTAS7
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.