in

Jelousnya Tengok Rumah Wanita Ini Diserbu Bintang Running Man & 2 Artis K-Pop

Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Jelousnya Tengok Rumah Wanita Ini Diserbu Bintang Running Man & 2 Artis K-Pop
Loading
/

Ok siapa minat Running Man dekat sini? Minat Group Kpop Infinate? Brown Eyed Girl?


Artis Korea datang rumah

Siapa yang peminat Kpop ni mesti teruja artis-artis Korea korang ni datang ke Malaysia! Di Twitter seorang netizen berkongsi video detik bahagia mereka apabila artis-artis Korea datang kerumahnya membawa barang dari CJ Wow Shop. Betul-betul wow ni! Siapa yang tak terkejut artis Korea ada depan mata, siap datang rumah lagi tu.

Capture 20181021 111257
Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

 

Tengok la satu family dia excited dengan kehadiran artis-artis Korea ni. Tapi kenapa tiba-tiba je artis Korea ni ada di Malaysia? Ramai pula peminat Kpop yang jealous dan berangan kot-kot ada artis kpop yang datang rumah mereka.

Capture 20181021 111614
Sumber: Twitter

Jual barang sehingga capai target

Oh… Rupa-rupanya mereka ni join satu program di TV9. Empat artis Korea Tu ditugaskan untuk menjual beberapa jenis barangan, antaranya Dr Dental Care, produk masker V-Care dan mi segera Spicy Samyang kepada penonton. Menurut Berita Harian, empat selebriti ni menyahut cabaran untuk promosikan dan jual barang-barang ni dengan cara mereka tersendiri. Tapi mereka ni hanya dibenarkan balik ke Korea kalau barang yang mereka jual mencapai target. Bukan setakat jual barang je tapi mereka ni siap ada tugasan merasa buah durian! Wah menarik ni, so korang yang nak artis Korea ni datang rumah korang, boleh la order barang dekat CJ Wow Shop ye! 

Tak cukup dekat rumah, ada juga netizen lain yang nampak mereka ni di pasar malam. Menjerit keriangan semua fans Kpop ni. Yela siapa tak teruja artis kesayangan ada depan mata. Untungnya!

Sumber: Twitter

Korang tunggu apa lagi? Peminat-peminat Kpop yang di Kuala Lumpur boleh cuba nasib, mana tahu ada luck dapat jumpa depan mata. Jangan pengsan sudah lah. Hehe.

Baca: Hati-Hati Kalau Nampak Logo Halal Macam Ni Kat Gerai Makan Korea, Sebenarnya…

Tak Halal 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.