Penyanyi muda yang juga juara pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim kedua, Masya Masyitah baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila gambar yang dimuat naik ke media sosial menjadi kecaman netizen.
Menerusi perkongsian Masya di Instagram, dia dilihat memuat naik gambar berpakaian ala fesyen gadis Jepun dengan skirt pendek berwarna hitam dan legging yang kelihatan agak jarang.
View this post on Instagram
Meskipun tidak diketahui sama ada Masya memakai sarung kaki di dalam atau tidak, gambarnya memakai lengging yang jarang hingga menampakkan bentuk peha itu telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.
“Jangan mempersendakan agama dik…”
Rata-rata netizen di ruang komen memberikan nasihat buat Masya agar mengubah gaya pakaiannya yang kelihatan kurang sesuai buat wanita yang bertudung.
Malah ada juga mengatakan gaya pemakaian sebegitu seakan-akan mempersendakan agama kerana umum mengetahui menutup aurat itu satu perkara wajib bagi seorang muslimah.
Diharapkan Masya mengambil teguran para netizen sebagai sesuatu yang positif untuk dirinya. Ramai yang menegur kerana mereka sayang.
Baca: “Boleh timbulkan fitnah” – Mufti Kelantan Ulas Video Tular Wanita Seksi ‘Catwalk’ Di Kota Bharu