in

“Jatuh pun tak rosak”- Ini 6 Telefon Bimbit Ikonik Yang Pernah Jadi Kegilaan Ramai Pada Era 2000-an

F3 Telefon Bimbit Zaman Dulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum jenama seperti Samsung, Apple, Oppo dan Huawei menjadi terkenal seperti hari ini, telefon-telefon bimbit Nokia, Sony Ericsson dan Motorola pernah mendominasi pasaran pada tahun 90-an dan 2000-an.


Walaupun telefon bimbit pada zaman tersebut sangat kecil dan pengguna tak boleh guna internet pun, namun untuk era itu, handphone jenama itu memang jadi kegilaan ramai dan hanya orang tertentu je yang mampu memilikinya.

Jadi, kali ini kita nak throwback enam telefon bimbit yang pernah jadi kegilaan mak ayah kita waktu dulu-dulu.

#1 Motorola RAZR V3 

Telefon bimbit jenis lipat jenama Motorola ini telah dilancarkan pada tahun 2004 dan ia hanya mempunyai sebuah kamera belakang sahaja.

6 1

Internal Memory pada telefon ini juga hanyalah sebanyak 5.5MB! Zaman sekarang pula, handphone kena ada sekurang-kurang 64 GB memori, barulah orang berminat nak beli kan. 

#2 Nokia N-Gage 

Telefon bimbit Nokia ini pula direka khas untuk golongan yang gemar bermain game, sebab itulah rekaannya pun seakan konsol gaming macam Nintendo Game Boy Advance.

7

#3 Nokia 7610 

Dilancarkan pada 18 Mac 2004, telefon Nokia ini pula direka dengan kamera beresolusi hanya 1 megapixel namun, untuk zaman tu, kamera 1MP pun dah cukup jelas untuk ambil gambar.

Pada zaman kegemilangannya, ia telah dijual dengan harga lebih RM2,000!

Korang boleh tengok sendiri iklan telefon bimbit pada waktu dulu yang dikongsikan semula oleh XavierNaxa di Twitter ini.

#4 Sony Ericsson K700 

Selain jenama Nokia dan Motorola, telefon bimbit Sony Ericsson juga sering menjadi pilihan ramai pada sekitar tahun 2000-an.

8 1

Apa yang unik tentang telefon Sony Ericsson model K700 ini, bahagian kamera belakangnya direka menyerupai seperti kamera digital.

Jangan main-main, ia juga mempunyai ciri radio, jadi pengguna boleh dengar siaran radio kegemaran di mana sahaja.

#5 BlackBerry Bold 9000 

Telefon BlackBerry yang telah dilancarkan pada tahun 2008 ini pula hanya mampu dibeli oleh sesetengah orang sahaja pada zaman kegemilangannya sebab harganya boleh tahan mahal.

5 1

BlackBerry Bold 9000 ini mempunyai kamera dengan resolusi 2.0 MP dan beratnya pula hanya 136g sahaja.

Rekaannya juga lain daripada kebanyakan telefon bimbit pada ketika itu.

#6 Nokia 3310

Tak lengkap rasanya artikel ini jika telefon bimbit Nokia 3310 tidak disebut.

Pernah dinobatkan sebagai telefon bimbit paling tahan lama oleh netizen kerana baling pada anjing pun tak pecah, Nokia 3310 ini telah dilancarkan pada 1 September 2000.

4 1

Difahamkan, telefon ini telah dijual sebanyak 126 juta unit di seluruh dunia! Memang ikonik!

Telefon ini juga dilengkapi dengan ciri permainan video yang ikonik iaitu game Snake dan Space Impact.

Baca: “Ai yai yai”- Ini Rupanya Lirik Lagu Yang Sering Dimainkan Di Handphone Mainan Dulu-dulu

F3 Ay Yai

Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.