Masa dok scroll resipi nak buat kimchi semalam, tiba-tiba ter impressed dengan satu channel Youtube ni. Random gila kan? Maklumlah admin ni loner.
Ada seorang awek cun dari Korea ini bernama Hari Jisun, mungkin ada yang dah kenal tapi mungkin tak, sebab dia ni memang famous gila dekat Indonesia.
Dia famous sebab fasih gila bertutur bahasa seberang, dengan ‘lidah Korea’ bila cakap bahasa Indonesia membuatkan korang tersenyum tengok kecomelan dia ni.
1. Mula datang Indonesia tahun 2014

Kali pertama dia jejakkan kaki dekat Indonesia, Hari Jisun datang sebagai ahli sukarelawan mengajar pelajar sekolah bahasa Inggeris dan ajar tarian Kpop kepada pelajar. Jadi, dari situ dia mula jatuh cinta dengan negara tersebut, makanan dan juga orang-orang Indonesia.
2. Hampir 3 Tahun menetap di Indonesia

Disebabkan itu dia tekad untuk datang balik ke Indonesia dan sekitar tahun 2016/2017 dia terus menetap di sana.
Dia kemudiannya fasih belajar cakap bahasa Indonesia kurang dari setahun!
3. Terus jadi Youtuber sejak duduk Indonesia, kini ada 2.13 juta subscriber
Menerusi video pertamanya “Siapa Hari Jisun”, Jisun menceritakan dia tak tahu nak buat apa semenjak tinggal di Indonesia, jadi dia buat keputusan untuk buat Youtube Channel .
“Saya jatuh cinta dengan Indonesia, kerana saya suka dengan makanan Indonesia, budaya Indonesia dan orang-orang Indonesia”
4. Banyak explore makanan Indonesia
Apa yang membuatkan admin suka adalah, cara dia bertutur bahasa Indonesia itu ada pelat-pelat Korea, mesti korang yang suka gila tengok orang Korea akan tergelak kecil bila menontotnnya.
Selain tiu, dalam channel Youtube yang admin dah tengok, dia banyak belajar budaya dan explore makanan-makanan di Indonesia, kadang-kadang bersama abangnya.
Nama Hari Jisun ni, sebenarnya dah mula famous, sejak tahun 2017 lagi, namun begitu dia kembali menjadi perhatian ramai baru-baru ini.
Ramai netizen yang mula sedar kemunculan dia ini. Kat bawah ni ya video yang admin tengok, tapi yang bab-bab makanan tak halal tu korang abaikan je lah.
Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!