Kita biasa dengar kalau seseorang wanita selepas dia melahirkan bayi akan menjalani proses berpantang selama 44 hari.
Dalam tempoh tersebut banyak pantang larang yang perlu mereka ikut seperti kena berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, dilarang duduk bersimpuh, penjagaan pengambilan makanan setiap hari dan banyak lagi.
Baru sebulan lahirkan anak, wanita dipukul dipijak dan kepala dihentak ke lantai
Namun berbeza dengan wanita di Thailand ini apabila dia diperlakukan dengan kejam oleh suaminya, sebulan selepas dia melahirkan anak mereka.
Memetik Bernama Radio, wanita ini dipukul, dipijak malah kepalanya dihentak ke lantai oleh suaminya yang pada ketika itu dikatakan dalam keadaan mabuk.
Gambar wanita itu yang mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian muka selepas dibelasah suaminya juga menjadi viral di laman media sosial.
Difahamkan kejadian berlaku semalam di Thailand dan ketika itu dikatakan suami wanita tersebut sedang mabuk.
Yang lebih menjijikkan, perbuatan suspek itu dilakukan depan ibu mertuanya sendiri.
Polis Thailand kini giat menjejaki mangsa.
Apelah punya manusia, dah wife tengah pantang.