in

“Janna Nick pun ada?!” – 5 Selebriti Yang Menerima Bayaran Tertinggi Di Dunia Melalui Instagram

collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi orang biasa macam kita ni, Instagram merupakan satu platform untuk kongsikan gambar atau video yang dipilih kepada pengikut-pengikut yang kebanyakannya tergolong daripada keluarga dan rakan-rakan.

Namun begitu, bagi jenama-jenama, Instagram merupakan salah satu tempat yang strategik untuk mereka memasarkan produk atau jenama melalui selebriti dan pempengaruh yang mempunyai pengikut yang tinggi.


Kuasa dan pengaruh yang ada pada selebriti di Instagram ini memang sangat dahsyat kerana mereka boleh dapat capaian berjuta-juta orang dengan hanya membuat satu posting di Instagram.

Disebabkan ini, memang tak hairanlah kalau korang tengok selebriti-selebriti yang korang follow dekat Instagram ni sering promosikan barangan yang dorang pakai sebab ia juga menjadi antara sumber utama pendapatan mereka tau.

Jadi dekat bawah ni, kita akan tengok siapa antara selebriti yang mendapat bayaran tertinggi di dunia melalui Instagram.

Untuk pengetahuan korang, NetCredit telah mencipta algorithm bagi mendapatkan anggaran selebriti dengan pengikut paling ramai di setiap negara dan mengira sponsored post yang dibuat oleh setiap selebriti ini pada tahun 2021 dan mendarabkan jumlah ini dengan anggaran bayaran yang diambil oleh mereka.

Artikel berkaitan: 5 Pergaduhan Antara Selebriti Yang Paling ‘Famous’ Pernah Berlaku Sepanjang Zaman

Artikel berkaitan: Ini 7 Selebriti Terkenal Yang Tetap Sokong Palestin Walau Hilang Pekerjaan

1. Cristiano Ronaldo

Selain menjadi individu dengan pengikut paling ramai, pemain bola paling popular ini juga merupakan selebriti paling banyak menerima bayaran melalui Instagram.

Ekoran popularitinya di Instagram, banyak jenama-jenama besar yang berlumba-lumba untuk mengambil pemain bola ini sebagai jurucakap mereka antaranya termasuklah jenama syampu, Clear, air mineral Ursu9, Herbalife dan banyak lagi.

Dianggarkan, Cristiano Ronaldo telah mendapat pendapatan sebanyak US$85.2 juta dari Instagram pada tahun 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

2. Lionel Messi

Selebriti yang mendapat tempat kedua selepas Cristiano Ronaldo merupakan Lionel Messi yang dianggarkan telah mendapat pendapatan melalui Instagram pada tahun 2021 berjumlah US$72 juta.

Dengan jumlah pengikut seramai 498 juta, memang boleh bayangkan berapa ramai orang yang melihat posting pemain bola ini di Instagram apabila dia mempromosikan sesuatu jenama.

Walaupun mempunyai kerjaya sebagai pemain bola, jenama-jenama yang dipromosikan tidak terhad kepada barangan-barangan sukan. Antara jenama yang pernah berkerjasama dengannya termasuklah, Lay’s, AppleTV, Adidas dan Hard Rock Cafe.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

3. Virat Kohli

Pemain kriket India, Virat Kohli pula berada di tempat ketiga sebagai selebriti yang mempunyai pendapatan terbanyak melalui Instagram pada 2021 dengan anggaran sebanyak US33.7 juta mengatasi selebriti-selebriti terkenal dari Amerika Syarikat.

Mempunyai pengikut seramai 266 juta di Instagram, Virat Kohli telah mendapat pendapatan melalui kolaborasi dengan pelbagai jenama antaranya, Ocean Beverages, Puma, Duroflex World dan HSBC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Virat Kohli (@virat.kohli)

4. Ellen Degeneres

Walaupun pelawak dan pengacara ini mempunyai lebih 100 juta pengikut di Instagram, harga anggaran satu sponsored ad hanyalah US$750k. Jadi untuk mendapat pendapatan extra, Ellen telah membuat sekurang-kurangnya satu sponsored seminggu sehingga dia berjaya mendapatkan pendapatan sebanyak lebih US$33.73 juta setahun.

Ini sekaligus menjadikan Ellen pempengarauh nombor satu di Amerika Syarikat yang mendapat bayaran terbanyak melalui Instagram dan keempat di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bonhams (@bonhams1793)

5. Beyonce

Salah seorang penyanyi paling popular di dunia, Beyonce juga merupakan antara selebriti yang mendapat pendapatan tertinggi melalui Instagram.

Pada tahun 2021, Beyonce dianggarkan telah memperolehi keuntungan sebanyak US$33.7 juta di Instagram dengan mempromosikan jenama-jenama terkenal seperti Adidas, Pepsi, Tommy Hilfiger dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce)

Dekat bawah ni, korang boleh tengok sendiri selebriti-selebriti dari setiap negara yang diketahui telah mendapat bayaran tertinggi melalui Instagram.

01 Instagram Rich List World Map Hi RES

Honourable mention

Agak memeranjatkan, di dalam senarai yang dikeluarkan oleh NetCredit ini, Janna Nick telah menjadi satu-satunya artis yang mewakili Malaysia sebagai selebriti yang menerima bayaran paling banyak di Instagram dengan anggaran pendapatan sebanyak US$1 juta.

Tapi sebenarnya tak menghairankan jugak, dengan pengikut seramai 6.2 juta di Instagram, banyak juga jenama-jenama besar yang telah bekerjasama dengan pelakon ini. Antaranya, Fendi, LV, Toyota, Honor dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce)

Kalau tengok list ni, jadi atlet rupanya lagi kaya dari jadi selebriti eh?

Sumber: NetCredit, Influencer Marketing Hub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.