in

“Janganlah kita tak puas hati kepada makhluk sampai kita memberontak kepada pencipta” – Nasihat Ustazah Buat Sajat

Sajat11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Islam itu bukan milik JAIS” itu lah nasihat dengan nada yang lembut tapi boleh membuatkkan kita terngadah daripada seorang ustazah yang dikenali sebagai Ustazah Maznah Daud ini kepada Muhammad Sajjad atau lebih mesra dengan panggilan Nur Sajat agar dapat muhasabah diri dengan kenyataan yang kononnya ingin ‘keluar’ Islam.


Selain itu, Ustazah Maznah Daud juga meminta Sajat untuk bermuhasabah diri berikutan dengan apa yang terjadi kepadanya dengan JAIS baru-baru ini.

 

Saya melihat video pengakuan Sajat bahawa beliau tak nak lagi jadi orang Islam kerana tidak puas hati dengan statement yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Masalahnya kenapa tak puas hati dengan statement JAIS (sampai) nak keluar islam? Sebab islam itu bukan milik JAIS.”

Katanya lagi,  islam itu merupakan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T, dimana ia adalah pencipta.

“Pencipta Sajat, dan pencipta alam semesta tempat Sajat hidup sekarang. Allah itu juga yang mencipta ayah dan ibu Sajat.”

Dalam pada itu, Ustazah Maznah juga menasihati Sajat agar tidak menyalahkan pencipta hanya kerana tidak puas hati kepada sesetengah pihak.

“Jadi, jangan lah kita tak puas hati kepada makhluk sampai kita memberontak kepada pencipta. Kembalilah kepada ajaran Allah S.W.T, fahami islam melalui sumbernya dengan betul iaitu al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W”

“Fikir kembali kenyataan itu ya? Semoga Allah S.W.T selamatkan kita semua daripada perkara-perkara yang tidak baik, Insyaallah.

Kembali kepada Allah S.W.T yang menciptakan diri kita dan yang melimpahkan segala nikmat untuk kita semua.” Katanya menerusi satu video yang berdurasi 1 minit 46 saat di Facebook.

Posted by Ustazah Maznah Daud on Tuesday, March 2, 2021

Nadanya yang begitu santun dan lembut membuatkan video ini viral di Twitter dan meraih 542 jumlah retweets kerana netizen suka dan rasa terharu dengan cara nasihatnya.

Bak kata mereka, sejuk hati apabila mendengarnya berbanding dengan gaya pihak lain yang lebih sarkastik.

 

Sopan, mendalam & memujuk – Netizen

Sajat Sajat2 Sajat3 Sajat4 Sajat5 Sajat6 Sajat7 Sajat8

Untuk rekod, Sajat yang ini sedang dicari oleh pihak berkuasa sedang menjadi buah mulut orang ramai kerana  dikatakan mengaku seolah-oleh berniat untuk keluar daripada agama Islam.

Ini kerana, dia ini dipercayai larikan diri daripada JAIS.

 

Baca : “Saya dah tak nak jadi orang Islam” – Sajat Dikatakan Buat Hal Lagi, Tular Video Kononnya Ingin ‘Keluar’ Islam?

Sajjjad

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.