in

“Janganlah kita melayu nak jatuhkan sama melayu, apalah jahat sangat” – Kak KM Rayu Netizen Henti Boikot & Viral Demi Ibu.

Featured 20

Sebelum ni seluruh negara kecoh dengan persembahan tarian ‘separuh bogel’ pada majlis perkahwinan Ahya Rosli, rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut yang dikatakan too much!

Susulan daripada isu tersebut muncul gerakan kempen memboikot satu keluarga pelakon veteran Normah Damanhuri terutama membabitkan produk kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM.

Untitled Design 2019 04 08T150328 103
Sumber : google

Sebelum ini ibu kepada Ahya Rosli, Normah Damanhuri telah membuat kenyataan maaf di instagramnya berhubung isu tarian ‘separuh bogel’ di majllis perkahwinan anak lelakinya itu.

 

Janganlah kita sama melayu nk jatuhkan melayu betul tak? apa lah jahat sgt, rileks lah..

Terbaru memetik mStar, Kak KM juga menjelaskan situasi sebenar berhubung kejadian terbabit. Katanya mereka sekeluarga tidak menyangka persembahan ‘tarian separuh bogel’ dihidangkan kepada tetamu kerana mengikut perancangan awal ia sepatutnya persembahan Bollywood.

Kak KM nak panggil dorg buat show.. perjanjian kata nak buat bollywood….kita tak expect dorg pakai sgt seksi macam..takkan la kita nak halau, bukan niat kita nk jadikan kita macam bkn islam mcm tu..benda dh jadi nak kata apa.”

1 5

Sementara itu mengulas mengenai isu boikot, Kak KM meminta rakyat Malaysia menghentikan isu boikot tersebut kerana dia mencari makan dan sumber rezeki dengan menjual produk jamunya, lebih-lebih lagi duit itulah digunakan untuk membesarkan anaknya.

“Dengan duit jamu tu nak besarkan anak, janganlah kita sama melayu nk jatuhkan melayu btl tak? apa lah jahat sgt, rileks lah..”

“Stoplah, kesian kat mama…kalau tak pandang kak km takpe, pandang mak kak km je..dia dh tua, dia kalau viral ni dia terkjejut…fikir utk mak kak km je, xyah fikir kak km pun takpe..kak km takut mama sakit…”

“Percayalah perkara tu tanpa niat dan kita xsangka pun benda tu nak jadi mcm tu”

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok video kat bawah ni.

Buang yang keruh ambil yang jernih lah yer guys.

Baca : Kau jangan sampai aku bukak aib kau! Kak KM Bengang Sepupu Sendiri Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari Lucah

Kkk