in

“Jangan terlalu tunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak..” – Info Korang Kena Tahu Tentang Penyakit ‘Ain

Sihir Ain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Jangan terlalu tunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak.." - Info Korang Kena Tahu Tentang Penyakit 'Ain
Loading
/

Salah satu sebab kenapa kita tak digalakkan untuk menunjuk-nunjuk adalah kerana wujudnya penyakit ‘Ain. Apa itu penyakit ‘Ain?

Ramai tak tahu atau tak ambil peduli dengan penyakit ni tapi seriously, ia adalah penyakit yang sangat bahaya sebab boleh memudaratkan seseorang.


 

Apa itu…

‘Ain: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.

Rasulullah SAW pernah berpesan: “Setiap yang memiliki kenikmatan, pasti ada yang dengki” (Sahihul Jami’ 223)

Penyakit ni boleh terkena dekat sesiapa pun. Pasangan suami isteri, keluarga, orang kaya, usahawan dan golongan lain jugak. Anak kecil pun boleh! Sebab tu dalam Islam, kita tak digalakkan untuk berkongsi gambar atau video anak selepas baru dilahirkan.

Bukanlah tak boleh share langsung, tapi berpada-pada…

Baby 3
gambar hiasan
Baby 4
gambar hiasan

 

Anak kecil terkena…

Pernah tengok kan anak kecil menangis atau meraung yang luar biasa? Menurut Facebook post ni, penyakit yang terkena pada kanak-kanak tidak semestinya boleh dirawat dengan ubat-ubatan dari doktor. Ada juga sebab syar’i iaitu penyakit ‘Ain ni lah.

Video sekadar hiasan

Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah SAW. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah istri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,

“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)

 

Suami isteri pun kena?

Ye, suami isteri pun boleh kena penyakit ni. Mana-mana pasangan pun boleh terkena kalau kebahagiaan mereka dicemburui orang lain dalam diam. HANYA MELALUI GAMBAR SAHAJA.

Sebagai contoh, tweet ni yang tunjuk gambar pasangan suami isteri bersama bayi kecil mereka jadi mangsa penyakit ‘Ain. Antara perkataan yang tertulis dekat gambar tu adalah, TALAK, KEBENCIAN dan PISAH.

Sihir Gambar
sumber: twitter

Jangan terlalu menunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak, kecanggihan gajet, kemegahan kereta yang kita ada. Semua mengundang pandangan yang buruk. Kadang-kadang kita tak sedar, kita pandang sesuatu dengan iri hati serta hasad dengki.

Pendek cerita, penyakit ‘Ain ni memang wujud dan bukannya sesuatu yang tidak sahih atau khurafat. Kalau nak tahu, penyakit ni boleh juga terjadi daripada padangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, malah boleh terjadi dalam kalangan orang yang soleh.

Rasulullah SAW pernah mengesahkan tentang Al-‘Ain ini dalam beberapa hadis. Antaranya :

  1. “Mintalah pertolongan kepada Allah daripada Al-AIn (mata jahat) kerana ia adalah benar”. (Riwayat daripada Aisyah).
  2. “Al-Ain adalah benar, jika ada sesuatu yang mendahului qadar, ia akan didahului oleh al-ain. Apabila diminta bagi mandi, maka mandilah”. (Riwayat Muslim).

Macam mana nak elak?

Antara doa-doa yang boleh kita amalkan untuk hindari diri dan orang tersayang daripada terkena penyakit ‘Ain adalah:

Doa

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Doa 0

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818)

Boleh juga amalkan doa yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat gangguan syaitan, iaitu:

Doa Jibril

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Baca: “Perut Gadis Membuncit, Ada Bayang-bayang di Dinding Rumah” – Sekeluarga Disihir Kerana Hasad Dengki Seseorang

Featured Sihirs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.