in

“Jangan terlalu taasub! Kat akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota BTS tu”- Alif Satar

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alif Satar dikenali sebagai selebriti yang serba boleh dan zero kontroversi, namun baru-baru ini nama Alif Satar disebut-sebut terutamanya dalam kalangan BTS ARMY lepas dia kata Boy With Luv dinyanyikan oleh 8 orang.


*Padahal lagu itu sememangnya dinyanyikan 8 orang iaitu 7 ahli kumpulan BTS dan seorang penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.

 

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu…”- Alif

Okay berbalik kepada kisah Alif Satar, semalam pada satu majlis di Pavilion, Kuala Lumpur penyanyi itu sempat mengingatkan kepada orang ramai di luar sana supaya tak terlalu taksub terhadap artis kesayangan mereka sampai boleh cetuskan sentimen tak sihat.

Menurut Gempak, Alif berkata tak salah kalau seseorang individu tu nak meminati seseorang artis namun dia perlulah bijak kawal perasaan dan tingkah laku.

“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza, tapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif”.

3 1
Sumber: instagram

Namun statemnt yang paling win diberikan Alif ialah statement kat bawah ni :

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub”!

 

Bagi admin betul jugak apa yang dikatakan Alif tu, tak salah nak suka atau minat seseorang artis tu tapi jangan lah sampai melampau sangat.

Baca : Kecam orang sendiri kerana orang luar?; Gara-gara Claim BTS Berahli 8 Orang, Aliff Satar Teruk Kena Kecam Tapi

Haha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.