in

“Jangan salahkan Imigresen”- 149 Pendatang Didakwa Mati Dalam Tahanan, Ini Jawapan Hamzah Zainuddin…

Collage 41

Satu laporan bertajuk “Seperti di Neraka: Kondisi Pusat Tahanan Imigrasi di Sabah.” yang dikeluarkan oleh NGO Koalisi Buruh Migran Berdaulat dari Indonesia mendakwa bahawa pendatang yang ditahan di depot tahanan telah diberikan layanan yang buruk.

Menurut SCMP, seramai 149 tahanan mati dalam tempoh 18 bulan dan seramai 260 orang tahanan telah diletakkan di dalam sebuah tempat tanpa tingkap dengan bilik berukuran 12x8m dan perlu berkongsi tiga tandas di antara mereka.

Depot Tahanan Warga Asing N9 1

Selain itu, tahanan juga mendakwa air yang diberikan kotor dan makanannya teruk serta mendapat kudis ketika dalam tahanan dan bila diminta ubat, mereka disuruh meletakkan tangan di tempat yang gatal dan mula menggaru.

Nah, itulah ubatnya.”

“Jangan salahkan imigresen”

Ekoran dakwaan ini, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin mengatakan tidak ada isu tersembunyi di sebalik kematian yang dilaporkan dalam depot tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), lapor FMT.

Ini kerana, menurut Hamzah mustahil untuk menjangkakan kematian yang berlaku di depot kerana ianya bukanlah sesuatu yang boleh diduga.

Pati 4

Saya nak maklumkan kalaulah saya tahu ada orang nak mati jangan dimasukkan dalam depot, maknanya hebatlah saya, begitulah juga dengan pegawai kita.

Apabila kita tahan maknanya dia melakukan kesalahan. Apabila seseorang yang melakukan kesalahan, dia mesti melalui proses undang-undang yang terpaksa kita gunakannya dan mengikut kaedah yang betul.”

Tambah Hamzah lagi, isu seperti ini tidak sepatutnya timbul kerana orang boleh mati dimana-mana sahaja.

Jadi, kalau kita sudah tangkap orang melakukan kesalahan letak dalam depot kemudian dia mati, kita nak salahkan pada siapa? Sebab orang mati sekarang ini kadang-kadang tengah berjalan dia mati, tidak payah masuk depot pun mati.

“Jadi, tidak timbul isu itu, isunya dia ditahan atas kesalahan yang dilakukannya.”

 

Baca: [VIDEO] Pendatang Asing Tiba-tiba Buat Kecoh, Konon Nak Ambil Anak Di Tadika

Screenshot 2022 06 29 At 11.40.10 Am

Sumber: FMT