in

“Jangan lupa sisi baiknya” – Iqbal Tak Sanggup Tengok Zul Ariffin Dikecam Netizen

collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tak tahu, drama Perempuan Itu arahan Erma Fatima ini turut menampilkan ahli perniagaan kontroversi, Iqbal Zulkefli.

Baru-baru ini, drama ini telah dikecam ramai gara-gara video babak panas antara Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa tular di media sosial.


Ekoran dari ini, Iqbal yang turut sama terlibat dengan produksi drama dijangka tayang pada bulan Ramadan nanti telah membuka mulutnya mengenai isu ini.

https://www.instagram.com/p/CaD5hQ6BlK6/

“Tak sanggup tengok Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi”

Menerusi Instagram peribadinya, Iqbal telah memuat naik IG Story menyatakan simpatinya atas nasib hero drama itu, yang telah dikecam oleh ramai netizen ekoran memuat naik video aksi berahinya di dalam drama tersebut.

Menurut Iqbal, di saat Zul Ariffin ini dikecam oleh ramai pihak, lelaki ini tetap tenang dan tersenyum pun begitu dia tahu bahawa pelakon itu perlukan sokongan.

Inilah artis yang paling tenang, dan bersikap terbuka yang saya kenal. Dia bukan orang yang banyak kerenah. Dia orang baik, pemurah. Jangan lupa sisi baiknya.”

Screenshot 2022 03 22 at 11.16.55 AM

“Dah scene penuh dosa, takkan nak dibiarkan?”

Bagaimanapun, sokongan Iqbal ini telah menyebabkan beberapa netizen tak puas hati. Ahli perniagaannya ini turut kongsikan tangkap layar seorang netizen yang meminta agar Iqbal tidak sesuka hati menyokong orang.

Screenshot 2022 03 22 at 11.30.06 AM

Pun begitu, Iqbal meminta orang ramai untuk tidak membuat penilaian melulu dan memecah belahkan orang.

Bolehkah saya minta, sambil membaca itu jangan penilaian dulu lebih cepat berbanding pemahaman? Orang seperti inilah yang memecah belahkan orang.”

Screenshot 2022 03 22 at 11.17.30 AM

Min faham je apa yang Iqbal cuba sampaikan. Dia hanya berikan bahunya masa orang tengah down tapi tak bermakna dia sokong tindakannya. Tak salah kan?

 

Baca: “Saya ambil maklum semua respons” – Zul Ariffin Mohon Maaf Upload Video Aksi Berahi

ZULLLL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.