in

“Jangan kencing kat luka tu” – [VIDEO] ‘Snorkeler’ Terangkan Apa Patut Buat Bila Terpijak Landak Laut

Terpijak Landak Laut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keindahan laut dan alam semula jadi sentiasa menjadi perhatian dalam masyarakat setempat untuk beriadah dan tidak lupa juga terhadap tumbuhan dan haiwan yang menarik.


Apabila kita menerokai keindahan alam, kita haruslah sentiasa berhati-hati dan minta nasihat daripada seorang pakar.

Telah tular baru-baru ini, sebuah video di laman sosial Tiktok tentang tindakan seorang ‘snorkeler’ yang memukul tapak kakinya berulang kali di atas sebuah bot.

@jambangss

kalau nak dibandingkan rasa pedih kat hati ni. saya rasa landak laut lebih menyenangkan? #jambangss #pulau #landaklaut #jomtravel #seghiau #sakit

♬ original sound – jambangsss – jambangsss

Di dalam video tersebut, dia menerangkan yang tindakannya memukul tapak kaki berkali-kali adalah disebabkan untuk mengeluarkan duri landak laut yang tercucuk ketika dia membersihkan tapak snorkeling buat para pelancong.

Ini merupakan salah satu pengorbanan para snorkeler untuk memastikan keselamatan para pelancong sentiasa dalam keadaan terbaik dan terjamin.

Snorkeler tersebut kelihatan sangat santai dan tenang dan juga turut memberi tips dan cara-cara untuk mengeluarkan duri landak laut secara ringkas.

Boleh lihat video asal di sini.

@jambangss

Reply to @ihavenoidea_48 dan begitu lah ceritanya #jambangss #landaklaut #fypシ #pulau #jomtravel #seghiau

♬ original sound – jambangsss – jambangsss

Pada video berasingan, dia memberitahu bahawa duri landak laut merupakan jenis duri yang halus dan rapuh, bermakna duri itu akan keluar mengikut darah.

Tinjauan ke ruangan komen mendapati bahawa netizen berkongsi tips dan pengalaman mereka semasa terkena bisa dari hidupan laut.

Screenshot 2022 10 05 165123

Lelaki itu juga memberitahu bahawa petua kencing di tempat yang terlibat itu adalah salah dan berkata “kencing ke apa tak payah!”

Tiap kali kita snorkeling ke apa, kita haruslah beringat dan mendengar nasihat dan arahan daripada seorang yang pakar.

Baca : Tular Video Lelaki Ganggu Penyu Dalam Laut, Kerajaan Terengganu Arah Siasatan Dijalankan

Penyu Redang Video Viral 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.