in

“Jangan jatuh atas aku dah la” – Netizen Mula Bimbang Nak Lalu Bawah Construction Lebuhraya SUKE

Suke3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam masa 2 hari kita dapat lihat ada beberapa kes kereta dihempap konkrit dari atas sehinggakan merosakkan kereta dan mencederakan pemandu ketika sedang menggunakan jalan di Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE).


 

Beberapa kes dalam masa 2 hari

Menurut laporan daripada Info Roadblack JPJ/POLIS kejadian yang dikatakan berlaku pada 20 September 2020 sekitar jam 8.30 malam itu berlaku di Petronas Taman Len Seng,Cheras, dimana ada objek yang berpunca dari mobile crane yang berada di belakang sebuah kereta telah menghempap mangsa sehingga menyebabkan bumbung mangsa remuk.

119761899 1688171961360507 2667631438916646187 N

119822305 1688172144693822 8975384302160010237 N 1

Dikhabarkan semasa kejadian keadaan hujan lebat. Pemandu kereta lelaki 50-an yang tersepit tidak dapat melihat apa yang berlaku.

Ini kerana, berkemungkinan mobile crane tersebut juga telah melarikan diri. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pihak JBPM.

Selain itu, berlaku juga satu kepingan konkrit dari atas terjatuh menghempap satu kereta seorang wanita di SUKE ketika di laluan MRR2

Disebabkan itu ramai netizen yang mula bimbang untuk menggunakan laluan tersebut, berdoa agar tidak berlaku apa-apa kepada mereka.

 

Risau betul lalu bawah ni – Netizen

Tawakal Tawakal3 Tawakal4 Tawakal5 Tawakl2

Memang membimbangkan, ya lah sekarang ni kan tengah musim hujan, ada ribut segala. Harap mereka yang lalu dekat SUKE atau mana-mana lebuh raya yang tengah ada contruction ni mohon tawakal dan hati-hatilah.

 

Baca : Insiden Konkrit Hempap Kereta di SUKE Highway, Mangsa Patah Tangan Kiri &  Tulang Selangka

Suke

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.