Seperti tahun lepas, tahun ini juga nampaknya kita masih tak berpeluang untuk pulang beraya di kampung halaman selepas kes Covid-19 dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar telah memberitahu yang pemeriksaan ketika sambutan hari raya nanti bakal dibuat dan rumah yang mempunyai banyak kereta akan diperiksa bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri tanpa kebenaran.
Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu.
“Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi.”
Malah, pemeriksaan yang lebih ketat bakal dijalankan di Kedah sepanjang sambutan perayaan di sana. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, polis Kedah telah pun mendapat arahan untuk melakukan rondaan, lapor Utusan.
Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.
“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa.”
Bukan tu je, pemeriksaan di sekatan jalan raya juga akan dibuat dengan lebih ketat bagi mengesan orang yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri dan yang gunakan permit palsu.
Jadi kalau tak nak kena denda banyak tu, janganlah gatal-gatal cuba rentas negeri ok? Takpelah kita raya je lah dekat rumah sendiri nak buat macam mana…
Baca: “Malaysia Mungkin Berhadapan Dengan 50,000 Kes Aktif Menjelang Hari Raya” – Pakar