in

“Jangan hentam sembarangan” – Buku Lali Retak Kerana Buat One Punch Man Workout Challenge

Anklefracture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak nak turunkan berat badan dengan cepat, lebih-lebih lagi kalau ianya cara yang paling mudah. Sebelum ini cara diet intermittent fasting (IF) trending kerana ia dikatakan taktik diet paling mudah dan berkesan.


Terbaru, ada satu challenge, teknik senaman yang dikatakan sangat efektif dimana individu yang melakukan senaman itu mampu menurunkan berat badan dan memiliki bentuk tubuh yang diidamkan dalam masa yang singkat.

Pernah dengar One Punch Man Workout Challenge tak?

 

One Punch Man Workout Challenge

Asalnya ia datang daripada komik manga yang berjudul One Punch Man, dalam salah satu siri watak Saitama mendedahkan rahsia yang mengubahnya daripada seorang lelaki biasa kepada seorang superhero.

Man Tries One Punch Man Workout Challenge For 30 Days And Completely Transforms His Body World Of Buzz 4
Sumber : roamstrong

Ia merupakan satu rutin senaman ekstrem, senaman ini sangat intensif, kena lakukan 7 hari seminggu!:

  • 100 Push-Ups
  • 100 Sit-Ups
  • 100 Squats
  • 10KM Running (that’s 6.2 miles)

Word Of Buzz ada kongsikan keberkesanannya apabila seorang lelaki berumur 40 tahun ini berjaya menurunkan 5 kilogram dan kadar lemak dalam badan daripada 10 turun ke 8.5. Nampak macam tak banyak kan? Tapi tengok bentuk badan dia.

Man Completely Transforms His Body After Trying The One Punch Man Workout Challenge For 30 Days World Of Buzz 2
Sumber : wob

Biarpun ianya memberikan keberkesanan yang begitu ketara, ia mungkin boleh memberikan satu kesan sampingan kepada mereka yang baru sahaja melakukan senaman. Pendek kata kalau beginner tak di recommend lah untuk ikut

 

Berat dari 78kg ke 65kg, Tapi malangnya kena rehat 8 minggu sebab…

Ankle Per4
gambar hiasan

Ini kerana, berdasarkan apa yang dialami oleh rakan Aweef, ia memang berkesan, beratnya dari 79kg turun ke 65kg dalam masa 2 bulan. Tapi…

“Officemate aku berat dr 78kg turun 65kg dlm 2 bulan buat “One Punch Man Workout Challenge”. Tapi malangnya, dia terpaksa berehat 8 minggu sbb ankle fractures.

“Workout jenis ini sgt intensif sbb everyday kena workout. Aku nak pesan, tahu limit body masing², jgn hentam sembarangan.”

“Sedangkan kalau kita bersenam apa cara sekalipun, atlest ambil 1-2 hari offday utk body kita rest & repair balik tisu, muscle yg sore setiap kali workout.”

“Mcm One Punch Man Challenge, boleh kata everyday kena workout. Utk beginner, cara begini boleh mendatangkan injury.”

Buku lali dia retak,  sebaiknya cara ini bukanlah disarankan, kalau nak kurus sekalipun kenalah ikut had kemampuan badan kita. Tapi janganlah manja sangat.

 

Saranan

Untuk mereka yang baru nak start, ini saranan daripada laman Roamstrong

Minggu 1:

  • Isnin: 5×5 Push-ups, 5×10 Sit-ups, 5×5 Squats
  • Rabu: 5×6 Push-ups, 5×11 Sit-ups, 5×6 Squats
  • Jumaat: 5×7 Push-ups, 5×12 Sit-ups, 5×7 Squats

Minggu 2:

  • Isnin: 5×8 Push-ups, 5×13 Sit-ups, 5×8 Squats
  • Rabu: 5×9 Push-ups, 5×14 Sit-ups, 5×9 Squats
  • Jumaat: 5×10 Push-ups, 5×15 Sit-ups, 5×10 Squats

Minggu 3:

  • Isnin: 7×6 Push-ups, 7×10 Sit-ups, 7×8 Squats
  • Rabu: 7×7 Push-ups, 7×11 Sit-ups, 7×9 Squats
  • Jumaat: 7×8 Push-ups, 7×12 Sit-ups, 7×10 Squats

Tak tahu macam mana nak buat youtube sajoo

 

Baca :Berat pemulaan dalam 90kg++” – Pemuda Ini Buktikan Bagaimana IF Hilangkan 30kg+ Dalam Masa 4 Bulan!

If

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.