in

“Jangan fitnah” – Rosmah Mansor Nafi Sudah Bercerai Dengan Najib Razak

syaz ft 2025 02 04T104252.455

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba terdapat khabar angin mengatakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sudah bercerai dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan, khabar angin itu mula tersebar selepas terdapat sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Rosmah Mansor menyatakan kononnya beliau adalah bekas isteri Najib Razak.


Artikel berkaitan: “Ini dikatakan keadilan” – Rosmah Mansor Syukur, Anggap Keputusan Mahkamah Hadiah Buat ‘Bossku’

Artikel berkaitan: Rosmah Dilepas & Dibebaskan Dari 12 Pertuduhan Ubah Wang Haram, LHDN

“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook Rosmah Binti Mansor ini bukanlah akaun tulen saya.

Dan saya masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia itu turut memberitahu bahawa dia hanya mempunyai dua akaun media sosial iaitu Facebook dan TikTok, beliau juga meletakkan pautan kepada dua-dua akaun tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran daripada akaun palsu itu sudah tidak dapat diakses dan kemungkinan sudah dipadam.

Sebagai info, beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.