in

“Jangan dekat2 dgn org” – Wanita Undang Kritikan Netizen, Saran Pesakit Covid Kena Hirup Oksigen ‘Free’

Fi Wanita Positif Ambil Angin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa minggu ni, kes positif harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan lebih daripada 20,000 kes. Hal ini menyebabkan, semakin ramai yang jadi lebih berwaspada sebab takut dijangkiti wabak tersebut.



Disebabkan kes harian yang terlampau banyak, ada juga yang perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah namun hanya dibenarkan kepada mereka tiada sebarang tanda-tanda dijangkiti dengan serius. Tapi, ada juga individu yang pentingkan diri dan tetap buat macam tiada apa walaupun dah disahkan positif.

 

Selamba ‘ambil angin’ walaupun kuarantin

Di sebalik orang ramai tengah risau, kalau mereka atau ahli keluarga yang lain dijangkiti wabak ini, ada juga individu tak bertanggungjawab yang dah disahkan positif seakan tak prihatin pada yang lain.

Menerusi posting di laman Twitter @pvncessfatin, dia meluahkan rasa kecewanya dengan berkongsikan sebuah video di mana seorang wanita ini didakwa secara bersahaja keluar bersiar-siar sewaktu tengah jalani tempoh kuarantin di rumah.

Wanita Positif Ambil Angin 2

 

Dalam video tersebut, wanita berkenaan sempat bagi ‘galakan’ dekat pesakit Covid untuk jangan asyik berkurung di rumah dan perlu hirup oksigen di luar juga. Di samping itu dia turut mengatakan yang orang lain tak perlu takut, selagi mereka ni tak duduk rapat dengan golongan yang positif tersebut.

“Pesakit covid jgn berkurung je… U olls need oksigen free from Allah.. jiran2 jgn pulak takot… Selagi tak menghampiri jiran2 bagi aku takde masalah.. Sehari 15 minit pun ok dah..” 

Wanita Positif Ambil Angin 1

Pada mulanya video berkenaan telah dimuat naik oleh individu itu sendiri di TikTok, namun ia dah dipadam dan akaunnya juga dah tak ada.

Wanita Positif Ambil Angin 3 Edit

 

“Dia mmg positive”

Menurut Fatin juga, kejadian tersebut berlaku di Saujana Aman, Selangor, dan ia disahkan oleh individu yang dipercayai tinggal berhampiran kawasan tersebut.

Selain itu juga, wanita tersebut turut disahkan positif sewaktu video dia bersiar-siar itu tersebar dan viral. Setakat ini juga, perkara tersebut dah dilaporkan kepada pihak polis.

Wanita Positif Ambil Angin 5 Wanita Positif Ambil Angin 6

 

“Boleh je buka tingkap, kenapa harus keluar”

Menjengah ke ruangan komen, nyata tindakan wanita tersebut mengundang kritikan warganet yang melihat. Ada yang menyatakan bahawa alasan diberi sangat tak munasabah, di samping ramai juga yang begitu geram dengan tindakannya itu.

Reak Wanita Positif Ambil Angin 1 Edit Reak Wanita Positif Ambil Angin 3 Edit Reak Wanita Positif Ambil Angin 4 Edit Reak Wanita Positil Ambil Angin 2 Edit

Takutlah tengok. Korang yang lain tu duduk je rumah kalau tak ada urusan penting ya, bahaya sangat dah sekarang ni.

 

Baca : “Bukan halau, taknak berjangkit” – Sedih! Keluarga Terpaksa Lepaskan Anak Untuk Dijaga Jiran Selepas Didapati Positif Covid-19

Foot Wanita Positif Ambil Angin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: TikTok
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.