in

“Jangan cuci telur sebelum simpan” – Dr Malar Kongsi 2 Cara Terbaik Untuk Simpan Telur Dalam Peti Sejuk

Telur 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu lepas kita beli telur dari kedai, mesti kita terus basuh dan simpan dalam peti sejuk. Namun, sebenarnya cara ini tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan telur tersebut.

Ada lapisan boleh tertanggal

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Malar di TikTok, dia menasihati orang ramai supaya tidak mencuci kulit telur sebelum simpan di dalam peti sejuk. Ia disebabkan ada satu lapisan di luar telur yang boleh tertanggal apabila dicuci.


Artikel berkaitan: “Takut jatuh hukum” – Dr Malar Tegur Wanita Islam Yang Pakai Tema Bollywood Hati-hati Sebab..

Artikel berkaitan: Dr Malar Kongsi Hidup ‘Makin Stress’ Sejak Viral Di Media Sosial

Lapisan tersebut dinamakan egg bloom yang mana ia boleh melindungi isi dalam telur daripada cepat rosak disebabkan udara ataupun bakteria daripada persekitaran.

Sebab itulah kalau kita basuh atau cuci telur tersebut sebelum simpan.. akan tertanggal kutikula itu dan tertanggallah pertahanan semula jadi. Lebih cepatlah basi atau rosak yang dibeli dari kedai.

2 cara terbaik untuk simpan telur

Pun begitu, pasti ada antara kita yang mungkin berasa geli dengan keadaan telur yang kotor jika ia tidak dibasuh sebelum disimpan dalam peti sejuk. Dr Malar turut berkongsi dua cara terbaik untuk menyimpan telur.

Cara pertama, telur yang dibeli boleh terus dibasuh, dilap sehingga kering dan simpan di dalam bekas yang tertutup di dalam ruang peti sejuk pada suhu bawah 4 darjah Celcius. Namun, elak daripada meletakkan telur tersebut di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di situ tidak stabil.

Cara kedua adalah tidak perlu mencuci telur dan simpan di dalam bekas yang tertutup. Tetapi, korang kena cuci dahulu sebelum guna telur tersebut dalam masakan.

Masih kena cuci juga sebab kulit telur tu kan ada habuk kotoran yang melekat dan sebagainya. So, sebelum masak, cuci dan bilas telur tersebut baru pecahkan atas kuali.

@drmalarss

JANGAN CUCI TELUR ~ sebelum simpan 😱 !! Haaa, kenapa pulak?? Tak ke itu diajar mak2 kita? Jom tengok video ni sampai habis untuk ketahui sebab sebabnya ✨ #celotehdrmalar#teamMakMak#telurrosak

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu mengenai ilmu baru ini. Pun begitu, boleh sekiranya simpan telur di bahagian pintu peti sejuk sekiranya ia tidak disimpan terlalu lama.

Telur 1 Telur 2

Min pun baru tahu..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.