in

“JAKIM tak pernah haramkan apa-apa perayaan di negara ini”- Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Featured New 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehari dua ni isu sambutan perayaan ponggal menjadi bualan netizen khususnya di laman media sosial.


Menjawab mengenai isu tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata…

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah mengharamkan apa-apa perayaan namun akan memberikan pendapat mengenai etika yang perlu dipatuhi umat Islam yang menghadiri sesuatu perayaan jika diminta…”

Mt
Sumber: blog

Kata beliau lagi, perkara itu telah dijelaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) keluar berhubung perayaan Ponggal, lapor Harian Metro.

“Kami (JAKIM) telah ditanya pendapat kami oleh KPM. Apabila ditanya, kami memberikan pendapat kami dan dalam pendapat itu kami mengemukakan kepada KPM cara terbaik untuk menjelaskannya kepada pihak awam dan pihak yang terlibat yang merupakan umat Islam.

“Apa yang mereka katakan mengenainya bukan kami yang tulis atau karang. Mereka yang karang,”

Isu ini mula menjadi perhatian selepas surat KPM dengan nombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020 yang dikeluarkan bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa murid beragama islam berhubung penglibatan anak mereka pada sambutan perayaan ponggal di sekolah.

591933
Sumber: sinar harian

Datuk Seri Dr Mujahid berkata surat JAKIM kepada KPM jelas menyatakan ada cara untuk hadir program bagi menghormati masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Sebagai umat Islam, kita dibatasi oleh etika dalam soal sambutan orang lain sama ada ia tatacara dalam upacara keagamaan atau bukan dan bagaimana seharusnya umat Islam menghadiri upacara agama lain.

“Persoalannya kenapa apabila (Kementerian Pendidikan) pekeliling dikeluarkan mereka tidak karang dengan betul,”

 

Tak salah nak meraikan perayaan masyarakat berbilang bangsa kan?

Baca : Sensitif tak bertempat la -Sekolah Ini Terima Surat Aduan Dari Parents Sebab Pasang Dekorasi Melampau Untuk Sambut CNY?

 

1 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.