in

Jabatan Kesihatan Kelantan Jawab Isu Tular Kononnya Beruk Di Gua Musang Positif Covid

Monyet Positif Covid Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di Facebook semalam kononnya seekor beruk di Gua Musang, Kelantan telah didapati positif dan terkena jangkitan Covid-19 dan telah dipakaikan gelang pink.


Menurut laporan yang dikeluarkan Kosmo, terdapat juga sebuah mesej pesanan suara seorang lelaki yang mendakwa haiwan tersebut tidak bermaya sejak beberapa hari lalu selain mengalami demam selesema sebelum dihantar untuk ujian calitan dan disahkan positif Covid-19 dimuatnaik oleh pengendali laman Facebook Info Rakyat Di Kelantan (IRDK).

“Beruk disahkan positif Covid-19 di Gua Musang,” tulis pengendali akaun Facebook menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut yang mula mendapat perhatian ramai malam semalam.

Min cuba mencari posting yang dimaksudkan di laman berkenaan, namun tidak ditemui, mungkin telah diturunkan oleh pengendali akaun tersebut. Namun, ada juga posting dari akaun lain yang berkongsikan perkara yang sama ditemui.

Fb Post Beruk Covid

Namun begitu, hari ini pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) tampil membuat penjelasan dan menafikan kejadian tersebut dan menurut pengarah JKNK, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya tidak melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas haiwan.

“Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk”

Jawapan ringkas pengarah tersebut diperolehi setelah diminta untuk mengulas kesahihan perkara tersebut.

Memasuki ruangan komen, ramai yang persoalkan kesahihan posting yang dibuat oleh individu ini, selain ada usaha menakut-nakutkan orang ramai yang kononnya beruk ini mempunyai simtom-simptom dan telah dibawa ke hospital untuk siasatan.

Fb Caption Beruk

Walaupun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan kekal mengikuti SOP yang ditetapkan. Kalau nak diikutkan, tidak mustahil haiwan boleh dijangkiti kerana sebelum ini ada juga dilaporkan tentang harimau di Bronx Zoo, New York telah dijangkiti.

Baca : “Monyet pun nak bertiktok” – [VIDEO] Baru Semangat Nak Rakam, Sekali Monyet ‘Feeling’ Cuba Bawa Lari Handphone

Tiktok Monyet

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.