in

“Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi…” – Bekas Chef Kenapa Restoran ‘Pork Free’ Masih Tak Halal

Pork

Melihat para pekerja muslim, kita dengan yakin terus ke kedai makan tersebut untuk menikmati hidangan mereka. Malah kita akan jadi bertambah yakin apabila tanda ‘Pork Free’ di paparkan di hadapan premis.

Untuk pengetahuan, info yang dikongsikan semula Hayazi Hashim ini membuktikan bukan semua restoran ini halal. Pendedahan individu mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman menjadi seorang chef menjelaskan kebanyakan restoran-restoran ini sebenarnya tak halal.

Ada segelintir yang sengaja tak nak mohon, lebih teruk lagi, ada perkara haram yang terkandung dalam makanan kita selain babi!

 

Tak nak mohon sijil halal..pilih untuk letak logo ‘Pork Free’

70810071 902503026778326 5232253258772250624 N

Menurutnya pemilik restoran tersebut tidak mahu memohon sijil halal kerana ia agak rumit dan bagi mereka buang duit. Malah mereka tahu kebarangkalian nak lulus tu susah sebab ada perkara yang mereka lakukan secara tersembunyi.

Bahkan ia kadang-kadang helah sahaja untuk meyakinkan kedai ini halal walhal tidak. Sedar 70% hasil perniagaan datang daripada orang musim. mereka sengaja letak logo itu untuk meyakinkan orang muslim makan di kedainya,

“Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai Chef makanan western dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari “pork free”, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant pork free.”

Seperti yang dikatakan tadi, mereka tak nak mohon sijil halal kerana…

“Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya di ragui.”

Mereka bukanlah berniat jahat atau sengaja, tapi mereka sebenarnya betul-betul tak faham konsep halal tu. Chef ini pernah menegur bekas majikannya tapi bekas majikannya masih kurang faham.

“Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang.”

 

Tiada babi yang digunkan tapi tak halal untuk muslim

70178598 902503076778321 2707799738496843776 N

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang dia dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.

Bekas majikannya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari melayu muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya muslim berani untuk makan di situ.

“Hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.”

Jadi, inilah hakikatnya, sebagai orang yang berkecimpung dalam industri ini, dia kongsikan sedikit pengalaman dia bekerja. Tapi mungkin tempat lain berbeza.

Betul juga kalau diamati betul-betul kenapa pemilik restoran enggan mohon sijil halal kalau betul-betul yakin kedai mereka itu halal kan?

 

Baca : “18 tahun kot saya pernah makan babi”- Gadis Mualaf Ceritakan Auta Disebalik Restoran ‘Serve No Pork’

Nopork