Banyak perkara yang jika disalah erti boleh jadi melarat, itulah yang sesuai digambarkan untuk sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini apabila ada individu yang mendakwa satu rempah perapan ini mengandungi babi.
Pun begitu, individu tersebut kemudiannya dijadikan bahan jenaka apabila dia sebenarnya tersalah faham, rempah berkenaan bukan mengandungi babi sebaliknya ia memberitahu perapan itu boleh digunakan untuk protein tersebut.
Tidak cukup dengan netizen, hari ini rangkaian pasaraya AEON pula turut serta ‘membahan’ individu berkenaan dengan cara yang menghiburkan dalam Facebook rasmi mereka.
https://www.facebook.com/aeonretail.my/posts/pfbid02SoUvHxRf1YU29McGcMzBUbTETC55eD1tZi5vxjBJhwxHGhdpZ47vvQrsRD2EtxQNl
“Sesuai untuk perapan jika anda ada English Edukesyen” tulisnya.
Posting yang pendek itu memaparkan gambar rempah yang tular itu beserta kapsyen yang berbunyi seakan-akan karakter Usop Wilcha dalam filem Allahyarham Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
“Pandai roast orang ye!”
Perkara itu sudah pastinya mengundang perhatian netizen dan ramai yang terhibur dengan pendekatan yang dilakukan oleh rangkaian pasar raya tersebut.
Malah, ada juga yang berjenaka jualan jenama rempah berkenaan bakal mencanak naik selepas isu ini tular.
“Itulah pentingnya english edukesyen…”
Baca: “Confident tahap dewa” – Wanita Kena Troll Sebab Dakwa Produk Rempah Ada Babi Padahal...