in

“Itu rambutan” – Siri Netflix Ini Guna Rambutan Sebagai ‘Buah Asing’ Buat Netizen Geli Hati

12Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buah rambutan adalah buah yang berasal dari negara tropikal. Ada dua jenis buah rambutan yang kita selalu nampak, yang warna merah dan warna kuning. Tak kisah lah warna apa, buah rambutan ni memang sedap dimakan bila panas-panas, Pergh nikmatnya!


Menerusi Twitter milik @hash_1993 dia ada kongsi cerita pasal rambutan. Apa yang menariknya, satu siri Netflix mengenai pengembaraan angkasa telah menemui satu ‘buah ganjil’ dan ya, buah itu adalah buah rambutan. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

Itu rambutan namanya!

Babak dalam siri Netflix ni memang buat penonton tertanya-tanya tu buah apa. Tapi untuk orang yang biasa makan dan kenal buah tu, memang kena gelak lah weh. Buah rambutan kot. 

Screen Shot 2019 07 28 At 11.20.35 AmScreen Shot 2019 07 28 At 11.24.55 AmSebenarnya ini adalah cara yang betul kalau kita terjumpa buah dekat hutan. Cara ni boleh menentukan samada buah tu beracun atau tak. Pertama gosok sebahagian buah tu ditangan, untuk kenalpasti samada ada kesan iritasi. Kemudian gosok dibibir, kalau ada kesan sampingan tu, berkemungkinan buah tu beracun.

Screen Shot 2019 07 28 At 11.26.48 AmMungkin lah buah dari angkasa lepas, Mungkin alien buat genetic mutation dekat buah tu sebelum benih dia sampai ke bumi dan mengeluarkan buah yang berbulu. Sorry, admin saja buat palatau.

Screen Shot 2019 07 28 At 11.26.24 AmRasa annoying sebab kita dah kenal buah tu. Kalau kita tak kenal mesti kita pun curious gak kan? Habis digosok seluruh badan untuk betul-betul check buah tu beracun atau tak. Mana lah tahu. 

Screen Shot 2019 07 28 At 11.26.03 AmWeh kalau pakai durian memang lain macam weh jadinya. Awal-awal dah lari jauh sebab tajam. Lepas tu bila buka, amik kau semua orang lari sebab bau busuk. Iye lah orang putih kan tak makan durian sebab bau busuk. 

 

Baca: Tok Imam Pukul Isteri Sebab Pajak Pokok Rambutan Kepada Orang Kampung

Screen Shot 2019 07 28 At 11.47.26 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.