Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu mengenai waktu check-in dan check-out sesetengah hotel dan penginapan di Malaysia yang didakwa semakin tidak masuk akal.
Para netizen meminta agar pihak berwajib khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk campur tangan berhubung isu tersebut.
Kenyataan MOTAC
Susulan isu itu, MOTAC dalam satu kenyataan menjelaskan mereka memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang awam dan pelancong.
Jelas MOTAC, pihaknya kini sedang melakukan pemantauan dan memaklumkan pihak yang berkaitan telah memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Artikel berkaitan: “Baik bercuti kat Thailand” – Netizen Nak Boikot Hotel Tempatan Letak Waktu ‘Check-in’ Sesuka Hati
Artikel berkaitan: “Memang ‘level’ lain” – Ramai Pelancong Malaysia Masuk Hatyai, Thailand ‘Untung’ 1 Bilion Baht!
Justeru, pihak kementerian menasihatkan orang ramai agar sentiasa membaca dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel sebelum membuat tempahan.
“Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati terutamanya berkaitan dengan penentuan harga serta perkhidmatan yang disediakan,” tulisnya.
Netizen kurang senang dengan jawapan MOTAC
Bagaimanapun, kenyataan media yang dikeluarkan itu dilihat membuatkan orang ramai masih tidak berpuas hati.
Meninjau ke ruangan komen di laman X MOTAC, rata-rata rakyat Malaysia berasa kesal apabila tiada tindakan yang diharapkan menerusi luahan pengguna.
Netizen meluahkan jawapan balas itu seolah-olah seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ atau dikeluarkan tanpa ada sebarang fungsi.
Ramai mengharapkan ada tindakan atau langkah yang dilakukan untuk menyelesaikan isu yang disuarakan ini.
Terdahulu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel yang menjawab mengenai isu ini menjelaskan pemilik hotel bebas menetapkan waktu daftar masuk dan keluar kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan.
Sumber: X