in

Isu Muhyiddin Tidak Pakai Gelang Pink, PM Tidak Langgar Arahan KKM – Pejabat Perdana Menteri

Cc 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19, beberapa menteri dan individu yang pernah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselematan Negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.


Ini termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Namun, kecoh di media sosial apabila semasa PM menyampaikan perutusan khas semalam, dilihat beliau tidak memakai gelang pengawasan kuarantin sehingga ada yang menggangap beliau telah melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

C 6

 

Tidak perlu pakai gelang pink

Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Perdana Menteri pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan media dan menjelaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin hanya menjalankan kuarantin kendiri.

Dalam kenyataan tersebut, beliau hanya perlu memantau status kesihatan kendiri di rumah selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) melalui aplikasi MySejahtera.

C1 6 C2 3

 

Sehubungan itu, beliau tidak perlu memakai ‘gelang pink’ dan dakwaan bahawa beliau melanggar perintah KKM adalah tidak benar.

Tan Sri Muhyiddin juga dikatakan telah menjalani ujian saringan Covid-19 sebanyak empat kali iaitu pada 22, 26, 29 September dan 5 Oktober. Keempat-empat ujian tersebut mendapati beliau negatif Covid-19.

Namun, beliau masih patuh arahan kuarantin kendiri dan dilaporkan PM berada dalam kesihatan yang baik.

D2 2

 

Sama-sama kita doakan agar PM kita diberi kesihatan untuk terus berkhidmat dalam menerejaui negara dan memerangi wabak Covid-19.

Baca: [TERKINI] Ada PKP, Tapi Secara Bersasar Di Kawasan Yang Banyak Kes Positif – PM

C3 1

Sumber: Twitter
Sumber: Bernama
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.