in

Isteri Tekad Bercerai Dengan Suami Taksub Dengan Marathon

Ft Suami Marathin Abai Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di China baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya kerana tidak tahan sengan obsesi bekas suaminya yang suka berlari.

Dakwa wanita tersebut, bekas suaminya itu pernah membiarkan anak perempuannya yang berusia 5 tahun itu terkurung dalam kereta selama berjam-jam untuk menyertai marathon.


Artikel Berkaitan : Lari ‘Full Marathon’ Sambil Memakai Baju Melayu, Netizen Kagum Pelari Malaysia Cipta Rekod Di London

Artikel Berkaitan : Rapid KL Beri Amaran Kepada’Pekerja’ Sebab Tertidur Lepas Marathon K-Drama

Menurut sumber, wanita yang menetap di Hunan di selatan China itu meluahkan perasaan marah dengan berkata bekas suaminya itu mengutamakan hobinya berbanding hal-hal lain.

Tidak dinafikan bahawa pada mulanya, Zhao memberi galakan kepada Peng untuk menjaga kesihatan namun lama kelamaan ia menjadi satu-satunya perkara yang menjadi kepentingannya.

Disebabkan hobi Peng itu, rumah tangganya dengan Zhao bergolak dan salah satu tindakan terdesak suami meyakinkan wanita itu bahawa dia lebih baik bersendirian.

Pexels Run Ffwpu 2982100

Berkenaan dengan peristiwa anak perempuannya, Zhao tidak melihat tetapi ia diberitahu sendiri oleh anak perempuannya itu.

Pada hari kejadian, Peng membelikan anaknya sarapan pagi, memberi telefon bimbit untuk hiburan dan mengurungnya di dalam kereta sebelum berlari dalam maraton.

Peng bagaimanapun mengaku ada meninggalkan anak perempuannya bersendirian di dalam kereta supaya dia boleh berlari dalam maraton. Bagaimanapun, Peng mendakwa hanya berlari dalam jarak yang singkat sebelum kembali kepada anaknya

“Saya hanya berlari 1.5 km kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia sedang tidur,” kata Peng.

Pexels Pixabay 39308

Peng juga memberitahu bekas isteri yang dia tidak suka cara dia membesarkan anak perempuan mereka, Zhao boleh membawanya pergi bersamanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.