in

Isteri Menderita Setahun Dikurung Suami Dalam Tandas, Akhirnya Diselamatkan Oleh Jiran

Feat Suami Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap Isteri mahupun suami pasti mendambakan pasangan yang saling menyayangi dan melindungi agar kehidupan rumah tangga sentiasa kekal aman dan harmoni.



Namun, tidak semua individu yang berkahwin bernasib baik untuk dikurniakan pasangan seperti yang diidam-idamkan.

Seperti yang berlaku di India baru-baru ini, seorang suami tergamak untuk mengurung isterinya selama lebih setahun di dalam sebuah tandas yang bukan sahaja sempit, malahan kotor dan menjijikkan!

Wanita yang berusia 35 tahun itu walau bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober lalu atas bantuan jirannya.

 

18 bulan dikurung suami

Kejadian yang menimpa wanita malang berkenaan diketahui oleh jirannya. Jirannya itu tidak sanggup lagi untuk melihat keadaan mangsa yang diseksa suami sendiri sebelum bertindak untuk melaporkan kejadian itu kepada aktivis wanita di daerah berkenaan.

Menurut Harian Metro yang memetik media tempatan, wanita itu sudah 18 bulan dikurung oleh suaminya. Suaminya itu juga akan memastikan pintu tandas tersebut sentiasa berkunci supaya isterinya itu tidak boleh melarikan diri.

Feat Kurung 1

Suami 1

 

Tanpa makan dan minum untuk beberapa hari

Bukan itu sahaja, malah wanita itu juga dikatakan tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari!

Ketika diselamatkan, wanita itu berada dalam keadaan yang tidak terurus dan hanya terbaring lemah kerana kekurangan zat dan dehidrasi.

Mentalnya kelihatan tidak stabil dan dia seperti kebuluran.

Feat Kurung 2

Menurut sumber, suspek telah berkahwin dengan wanita berkenaan selama 17 tahun dan memiliki tiga cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 17 tahun.

Penemuan wanita itu menjurus kepada penangkapan suaminya dan motif kejadian masih disiasat oleh pihak polis.

Semoga keadilan berpihak kepada isterinya yang dianiaya. 

Baca: “Bengang asyik dapat anak perempuan” Lelaki Belah Perut Isteri Sebab Nak Tengok Jantina Anak Baca Suami

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.