in

Isi Minyak Terlalu Penuh Boleh Rosakkan ‘Fuel Pump’? Ini Jawapannya…

Fi Petrol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui laman Twitter peribadi milik Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, pakar dalam bidang Fluid Dynamics & Heat Transfer, beliau telah menyangkal satu kenyataan daripada sebuah portal penulisan lokal berkaitan isi minyak kereta terlalu penuh boleh merosakkan fuel pump. 


Melalui thread beliau itu, Dr Aid berkata mesej yang disampaikan oleh penulis tersebut berkaitan isi minyak penuh hanya sehingga kepala nozzle pengisi menendang dan tak perlu isian penuh adalah baik. Namun begitu, ada beberapa alasan berbuat demikian yang disangkal oleh beliau. Jom kita lihat penjelasan daripada Dr Aid ini!

Apa akan terjadi bila isi minyak penuh?

Ketika hendak mengisi minyak, nozzle pengisi akan dimasukkan ke dalam lubang isian (fuel filler neck) dan tarik picu (trigger) untuk minyak mengalir masuk ke dalam tangki.

Kemudian, bila minyak mula penuh, ia akan melalui vapour return hose dan datang kembali berdekatan dengan lubang isian.

Petrol 1

Kata Dr Aid, bila minyak yang keluar itu menutup muncung depan nozzle pengisi, ia akan menyebabkan nozzle tendang.

Betul ke tangki kenderaan perlukan 2% ruang pengembangan?

Jawapannya TIDAK. Tangki minyak kenderaan mempunyai aliran angin keluar-masuk. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui isian itu.

“Sebab tu penutup lubang isian special. Pusing-pusing tak ketat pun tapi dah bunyi kraaaaak!! Ia menutup lubang cecair, tapi benarkan angin untuk masuk.”- kata Dr Aid 

Tangki kenderaan mempunyai Evaporate Emission Control System (biasanya dipanggil ‘EVAP’ system). Ia digunakan untuk bantu apabila minyak berubah menjadi wap.

Petrol 2

Sistem tersebut digunakan untuk menapis wap minyak dan digunakan semula ke dalam enjin. Sekiranya minyak selalu diisi penuh, tinggi kemungkinan minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi vapour/charcoal canister dan jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan bernyala, kena tukar canister.

Petrol 3

Macam mana kalau minyak mengembang bila cuaca panas?

Nilai pengembangan haba bagi petrol dan diesel adalah 0.00095 per degC dan 0.00083 per degC. Nilai ini sangat rendah jika diletakkan pada perubahan suhu di Malaysia.

Kata beliau, “teori isi minyak kat Genting Sempah tu pon boleh kita sangkal. Perbezaan suhu sejuk kat Genting Sempah dengan kawasan² lain tak signifikan. Jadi tak kan beza banyak pon minyaknya dari segi nilai isipadu.”

Bolehkah minyak melimpah atas jalan raya melalui ‘overflow port’?

Jawapannya tak boleh. Minyak hanya boleh overflow atau melimpah melalui lubang isian (fuel filler neck). Sesetengah motosikal & kenderaan lama mempunyai breather hose; laluan pernafasan tangki. Isian penuh juga boleh melimpah melalui laluan ini terutamanya bila ambil selekoh.

Adakah isi penuh boleh rosakkan ‘fuel pump’?

TIDAK. Yang akan rosakkan fuel pump bila selalu pandu kereta dalam keadaan minyak ‘reserved’ (atau bawah tanda E pada meter minyak). Ini kerana fuel pump gunakan minyak sebagai bahan penyejukan & pelincir juga.

Fuel pump yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan buatkan ia panas & komponen dalamnya haus. Selain tu, memandu dgn minyak ‘reserved’ juga boleh rosakkan fuel pump disebabkan kotoran/enapan disedut ke dlm enjin. Ini boleh sebabkan fuel filter dan injector tersumbat juga.” jelas Dr Aid.

Kalau korang nak tahu lebih detail, boleh follow Twitter Dr Aid di sini. Banyak perkongsian lain yang berguna untuk kenderaan korang!

Baca: “Steady je jalan” – Netizen Puji Tindakan Isteri Azhar Sulaiman, Tenang Bantu Mangsa Kereta Terbabas

Baca Petrol

Sumber: Automoblog
Sumber: Neogaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.